Monday, May 23, 2011

Topi Princess Beatrice Semasa Menghadiri Perkahwinan Duke and Dutchess of Cambridge Di Lelong di E-Bay

HRH Princess Beatrice of York dengan Topi Yang Digayakan Sempena Istiadat Perkahwinan Duke and Dutchess of Cambridge.

23.05.2011, Isnin - Topi ranggi dan jadi perhatian umum yang digayakan oleh cucunda perempuan HM Queen Elizabeth II, Princess Beatrice of York semasa Istiadat Perkahwinan sepupunya Duke of Cambridge di Westminister Abbey pada 29.04.2011 lepas telah berjaya dijual dengan harga 81,100.00 Pound atau RM399,798.67 melalui lelongan internet di eBay semalam. Hasil jualan topi unik yang dihasilkan oleh Pereka Topi Irish, Philip Treacy ini akan diagihkan kepada dua badan kebajikan iaitu United Nations Children’s Fund, UNICEFF dan British Charity Children in Crisis.

Beliau telah membuat kejutan kepada para jemputan di Westminister Abbey dan masyarakat seluruh dunia yang menyaksikan perkahwinan diraja tersebut dengan penampilannya dengan gaya topi yang gangil dan anih menyerupai biskut pretzel gergasi. Kalau nak tahu macam mana bentuk Pretzel tu, iannya ada dijual di KLCC iaitu Aunty Ann Pretzel. Ada jua pemerhati keluarga diraja yang menyamakan bentuk topi berkenaan seperti pelapik tandas duduk. Facebook page telah dihasilkan untuk topi ini diberi nama “Princess Beatrice’s ridiculous royal wedding hat” dan telah disukai oleh 143,389 orang.

Sebelum ini, Princess Beatric dalam kenyataannya di lamanweb lelongan tersebut memaklumkan bahawa beliau amat teruja dengan jumlah pembida untuk topi berkenaan dan iannya sebagai satu petanda baik untuk mengutip sebanyak mungkin keuntungan untuk diagihkan kepada dua badan kebajikan. Dalam lelongan tersebut, topi itu dilabelkan sebagai “ a unique sculptural celebratory headpiece made of tea rose silk. This ia a gravity defying hat”. Beliau berharap agar sesiapa sahaja yang berjaya memperolehi topi ini akan merasa kegembiraannya seperti yang dirasai oleh beliau sendiri.

Pereka topi berkenaan amat gembira, berbesar hati dan tersentuh dengan keputusan pewaris tahta ke-5 Britain itu untuk menyumbangkan hasil jualan topi tersebut kepada badan kebajikan. Beliau berharap agar lebih ramai membida topi berkenaan dan topi ini akan memberi faedah kepada banyak orang. Tambahnya topi itu merupakan symbol of positivity.

No comments: