Tuesday, June 21, 2011

Aktiviti Pagi Selasa

21.06.2011, Selasa - Pagi nie Syah naik bas saing dengan Arip. Sampai jer KTM macam biasa lama gak tunggu keratapi tak datang kerana train jam 07:00hrs dibatalkan. We all naik komuter ke Sungai Gadut dan macam biasa bila sampai KTM Rawang dah penuh. Syah dapat duduk dan Arip berdiri, tetapi kan rasa kesian plak tengok muka Arip coz macam mengantuk jer lalu Syah bangun dan suruh dia duduk. Syah memang mudah kesian kat orang provided orang tu tak buat hal atau menipu dengan Syah. Memang lena dia tidur sampai KL Sentral. Pagi nie Syah ada fisio dan sebelum pergi tu Kak Rose kirim dokumen ke akaun dan Syah bawa duit untuk bayaran f&b peniaga di pusat penjaja Menara TM.

Selepas Fisio Syah call Perniagaan Mohamed minta Alauddin jumpa Syah di Tm Annexe 2 tetapi lama sangat tunggu Syah balik ke Menara dan singgah pusat penjaja untuk buat bayaran kepada Jaafar. Dan kat situ baru teringat dokumen Kak Rose tak hantar lalu Syah jalan semula ke TM Annexe 2. On the way Alauddin call dan Syah minta dia jumpa Syah di Aras 10, TM Annexe 2. Selepas submit dokumen payment Kak Rose Syah baca akhbar jap sementara tunggu Alauddin. Bukan 5 minit tetapi 10 mint ada agaknya tunggu dia. Selepas buat bayaran Syah balik semula ke Menara TM.

Sampai jer office terus Syah input recoupment untuk petty cash dalam Cash Journal di SAP System. Kena buat cepat coz besok Syah ada program "Tora-Tora" buat sales produk TM - "Office in A Box" di sekitar Chow Kit Road. Takut tak dan masa dan account closing pula untuk direct invoive/ap pada 23.06.2011, takut tak sempat kalau ada benda urgent yang lain pada hari tu nanti. Masa buat kerja Arip call tanya pasal senarai penerima pingat federal dan Syahpun semak dan call dengan Jabatan Perdana Menteri dan dapat websitenya. Call Arip balik dan beri website tu untuk dia semak dan contact person di bahagian Istiadat jika dia ada sebarang pertanyaan. Bila Syah tanya untuk apa dia kata adaaaa lahhhhhhhh banyak kali, hisss budak nie. Kemudian Syah tanya untuk peribadi atau kerja dan dia kata kerja. Arip sedang buat latihan industri kat ERL KL Sentral.

No comments: