Tuesday, June 21, 2011

Presiden Singapura Mengadap Yang di-Pertuan Agong

Tuanku Mizan dan Presiden Singapura S.R.Nathan di Bilik Mengadap Kecil Istana Negara - Gambar dari Utusan Malaysia

21.06.2011, Selasa - Semalam KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah berkenan menerima mengadap Presiden Singapura, S.R. Nathan. Turut serta dalam Majlis yang diadakan di Dewan Mengadap Kecil, Istana Negara ini adalah Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Datuk T. Jasudasen. Pertemuan diantara kedua-dua ketua negara ini berlangsung selama 30 minit.

S.R.Nathan berusia 86 tahun dilahirkan pada 03.07.1924 di Singapura. Beliau berkahwin dengan Urmila (Umi) Nandey dan mempunyai sepasang cahayamata dan tiga orang cucu. Beliau pernah berkhidmat di Malaysia sebagai Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia pada 1988 seterusnya sebagai Duta ke Amerika Syarikat 1990 - 1996. Beliau dilantik sebagai Presiden Singapura pada 18.08.1999 selama enam tahun dan kemudiannya pada 17.08.2005 dilantik semula dan mengangkat sumpah memegang jawatan bagi benggal kedua pada 01.09.2005. Perkhidmatan beliau akan berakhir pada 31.08.2011 akan datang.

No comments: