Friday, June 10, 2011

Breakfast Wif Muss @ Nasi Lemak Sotong Stall

10.06.2011, Jumaat - Hari nie Syah dari KL Residence dan kami bertolak dari rumah jam 07:30hrs. Mulanya Muss kata nak hantar Syah ke LRT tetapi kemudiannya dia ajak Syah breakfast kat Hulu Klang dan disebabkan musim cuti sekolah Syah kata ok sebab jalan tak jem dan sempatlah dia hantar Syah ke LRT terdekat. Sampai jer ke kedai yang Muss inform tu, rupa-rupannya dia tutup hari Jumaat. Lalu Muss kata makan nasi lemak sotong di AU3. Dari Hulu Klang kami terus ke AU3 Kramat. Syah memang biasa juga breakfast disini jika ikut Muss keluar pagi-pagi ke tempat kerja. Nasi Lemak Sotongnya memang famouse dan kalau anda pergi ke gerainya boleh nampak seperiuk besar sambal tumis sotong dan di dalam kedai pula satu besen besar lagi sotong yang akan dimasak Masak Sambal Tumis Sotong atau Sutun .....Heheheh.....
Makan pagi nie Syah belanja coz my brother tanya " You Belanja Ker?" maksudnya tu dia minta Syah belanja lah tu, dah biasa dengan ayat itew. Muss makan Nasi Lemak Sotong Lebih dan dicaj RM5.50, Syah pula Lontong RM3.00 dan minuman pula Teh Ice dan Horlic Panas RM3.00, semuannya RM 11.50. Dari AU3 Muss terus hantar Syah ke Midvalley dan Syah tanya kalau hantar office sempat tak. Muss kata sempat dan Midvalley dia hantar Syah terus ke Jalan Pantai Baharu. Jalan tak jem dan Syah sampai office jam 08:15hrs. Masa nak turun Syah salam dan cium tangan Muss dan inform hari nie balik Rawang kerana Kak Long Janet nak datang berbincang dengan Syah esok di Rawang Residence dan Sabtu malam baru Syah balik KL Residence dan Ahad petang balik semula ke Rawang.

No comments: