Friday, June 10, 2011

Tunku Imran Kekal Presiden MOM

10.06.2011, Jumaat – Tahniah diucapkan kepada YTM Tunku Tan Sri Imran ibni Almarhum Tuanku Jaafar kerana telah mengekalkan jawatan presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tanpa bertanding setelah tidak dicabar oleh sesiapa setelah pencalonan ditutup pada Selasa lepas. Tunku Imran merupakan putera kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Almarhum Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Tunku Imran mula dipilih sebagai presiden MOM pada 14.11.1998 menggantikan Tan Sri Hamzah Abu Samah. Pemilihan jawatankuasa baru MOM akan dilakukan pada 18.06.2011 akan datang sempena mesyuarat agung tahunan MOM.

Norminshah Sabirin, Pegawai Pemilihan MOM memaklumkan kepada Bernama hari ini, bahawa selain daripada Tunku Imran tedapat beberapa individu telah menang tanpa bertanding diantaranya setiausaha kehormat Datuk Sieh Kok Chi, naib presiden Low Beng Choo, timbalan presiden Datuk A. Sani Karim, penolong setiausaha-wanita Moira Tan Siew See, bendahari Yong Choo Kong, dan penolong bendahari Rosmanizam Abdullah.

No comments: