Thursday, June 16, 2011

Majlis Santapan Malam

Kelihatan Raja Perempuan Perlis DYMM Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid bersalaman dengan para tetamu jemputan. Turut kelihatan adalah Datin Seri Rosmah Mansor dan Isteri Yang DiPertua Negeri Melaka YAB Toh Puan Datuk Seri Utama Dato' Zurina binti Kassim - Gambar dari Bernama

16.06.2011, Khamis - Malam tadi telah diadakan Majlis Santapan Malam sempena Majlis Raja-Raja ke-224 yang berlangsung di Istana Negara. Diantara yang hadir adalah KDYMM Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, DYMM Raja Perlis dan DYMM Raja Perempuan Perlis, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, DYMM Sultan Johor dan DYMM Sultanah Johor, TYT Yang DiPertua Negeri Melaka dan Isteri, TYT Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang dan Isteri dan TYT Yang DiPertua Negeri Sabah dan Isteri.

1 comment:

amy_amy said...

salam, kat johor tak panggil lagi KDYMM Sultanah Johor tapi KDYMM Raja Zarith Sofiea