Wednesday, June 15, 2011

Tuanku Muhriz Selamat Jalani Pembedahan Apendiks

15.06.2011, Rabu - Shukur Alhamdulillah kerana pada hari ini Bernama melaporkan bahawa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir telah selamat menjalani pembedaha apendiks di Hospital Pantai Kuala Lumpur semalam. Setiausaha sulit baginda, En Mohd Fairul Abdul Wahab memaklumkan bahawa Tuanku Muhriz kini dalam keadaan sihat dan dijangka akan berangkat pulang tidak lami lagi.

Maklumat yang Syah terima pada hari ini, baginda masih lagi berada di ICU selepas pembedahan (ini adalah prosidur biasa selepas pembedahan) dan akan ditempatkan di wad tingkat 7, Block C hospital berkenaan. Syah mendoakan agar Tuanku cepat sembuh dan dapat menjalankan tugas-tugas rasmi baginda seperti biasa.

No comments: