Saturday, June 18, 2011

Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Pahang hadir Majlis Bertunang Anak Datuk Seri Najib Tun Razak

Nooryana Najwa mengadap KDYMM Tuanku Mizan semasa Majlis Pertunangan Beliau di Seri Perdana malam tadi - Gambar dari Bernama

18.06.2011, Sabtu - Malam tadi telah diadakan Majlis Pertunangan Nooryana Najwa iaitu anak perempuan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana, Putrajaya. Diantara kenamaan yang menghadiri majlis ini adalah KDYMM Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan KDYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, KDYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan DYMM Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom, Tengku Mahkota Pahang KDYTM Tengku Abdullah Al-Haj dan Raja Muda Perak Darul Ridzuan DYTM Raja Dr. Nazrin Shah. Turut hadir adalah keluarga serta rakan-rakan Nooryana disamping kenamaan dari dalam dan luar negara. Nooryana dan Daniyar dalam salah satu majlis yang mereka hadiri. Khabarnya Daniyar nie ada pertalian dengan Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev. Tak tahulah sejauh mana kebenarnya. Untuk pengetahuan anda Daniyar nie macam kita juga daripada keluarga Islam Kazakhstan.

Turut serta memeriahkan majlis adalah ibu Datuk Seri Najib, Tun Hajah Rahah Tan Sri Mohamad Noah, Timbalan Perdana Menteri dan Isteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Puan Seri Noorainee Abdul Rahman, Mantan Perdana Menteri Malaysia dan isteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, Tun Abdullah Badwi, menteri-menteri kabinet, timbalan menteri serta pegawai kanan kerajaan. Putera Mahkota Abu Dhabi Jeneral Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan dan Isteri Sheikha Salam binti Hamdan Al Nahyan yang berada di Malaysia dalam rangka lawatan rasmi selama sehari juga turut berkenaan menghadiri majlis ini. Pengerusi Medina Council iaitu Putera Saud bin Abdulaziz Al-Saud juga menghadiri majlis ini.

Nooryana Najwa berusia 22 tahun merupakan lulusan dari School of Foreign Service, Universiti Georgetown, Amerika Syarikat manakala tunangnya Daniyar Nazarbayev juga berusia 22 tahun merupakan lulusan daripada Universiti Columbia, New York. Pasangan ini berkenalan ketika mereka sama-sama menuntut di Amerika Syarikat.

Akhir kata, Syah mengucapkan Tahniah kepada Nooryana dan Daniyar atas pertunangan kalian. Syah doakan semuga jodoh kalian akan berpanjangan hingga ke akhir hayat. AMIN.

No comments: