Friday, June 17, 2011

Putera Mahkota Abu Dhabi Solat Jumaat di Masjid Negara

17.06.2011, Jumaat - Rezeki Syah hari ini dapat melihat dari dekat wajah Putera Mahkota Abu Dhabi, Jeneral Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan di Masjid Negara yang terletak di Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Syah juga dapat mengambil gambar baginda dari dekat bersama-sama jurugambar professional yang lainnya. Bangga walaupun kamera Syah kecil jer berbanding orang-orang disekeliling Syah. Syah tak rasa apa-apapun malah exsited sangat. Sampai Masjid Negara Syah makan ayam goreng uncle bob dan air tahu panas kemudiannya masuk ke masjid. Selepas mengambil air sembahyang, Syah ziarah ke Makam Pahlawan untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham dan Allahyarhamah sebelum masuk ke dewan solat Masjid Negara.

Masuk sahaja ke Dewan Solat Utama, Syah lihat dibahagian hadapan berhampiran mimbar telah diletakkan tag Khas VIP untuk tetamu-tetamu Negara diatas karpet khas bewarna merah. Disaf hadapan telah diletakkan sebuah kerusi banquet bewarna biru kerana salah seorang daripada ahli rombongan berkenaan tidak boleh solat seperti biasa. Syah solat tiga saf dari hadapan berhampiran tetamu negara. Dapatlah Syah melihat dan solat dengan mereka dari dekat.


Putera Mahkota abu Dhabi dihadapan Makam Allahyarham Tun Abdul Razak - Gambar dari Maharum Bugis Syah (sendiri punya yer......heheheheh)

Semas Azan berkumandang di udara, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Putera Mahkota Abu Dhabi serta rombongan memasuki dewan solat dengan kawalan keselamatan seperti biasa. Kedua-dua pemimpin negara dan rombongan menunaikan solat sunat terlebih dahulu sebelum mendengar khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Ustaz Amru Al-Haz bin Adnan dengan tajuk Berjimat Cermat Amalan Mulia. Selepas solat Datuk Seri Najib dan Putera Mahkota serta rombongan singgah sebenar ke Makam Pahlawan. Dibahagian luar dewan solat utama, kelihatan Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Muhamad dikerumuni orang ramai, walau bagaimanapun Tun tidak menyertai rombongan berkenaan dan beredar keluar daripada Masjid Negara. Syah nampak Tun solat dibahagian luar dewan solat utama Masjid Negara.

Putera Mahkota Abu Dhabi sedang khusuk mengaminkan doa di Makam Pahlawan - Gambar dari Maharum Bugis Syah

Semasa di Makam Pahlawan, Doa dibacakan oleh Ustaz Ehsan Mohd Hosni dihadapan Makam Perdana Menteri Malaysia ke-2 iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak yang merupakan bapa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. Setelah selesai bacaan doa, Datuk Seri dan Putera Mahkota Abu Dhabi serta rombongan menuju ke Bilik VIP yang terletak dibawah Dewan Syarahan Utama Masjid Negara untuk berangkat ke program seterusnya selepas ini. Putera Mahkota Abu Dhabi dan Rombongan yang terdiri daripada pegawai kanan kerajaan baginda baru sahaja tiba di Kuala Lumpur pagi tadi dan berada di Malaysia untuk lawatan rasmi negara selama satu hari sahaja.

1 comment:

Akemal said...

ooo..info yang menarik dan berfaedah. baru tau siapa Abu dhabi nye mahkota.

”cepat datang komen blog saya pulak!!!”