Tuesday, June 28, 2011

Pemangku Raja Perak Rasmikan Bangunan Mahkamah Syariah Tapah

Kelihatan Pemangku Raja Perak meletakkan keris sebagai gimik perasmian Bangunan Mahkamah Syariah Tapah. Disebelah baginda adalah Dato' Ramly Zahari - Gambar dari Bernama.

28.06.2011, Selasa - Hari ini Pemangku Raja Perak, Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenan merasmikan Bangunan Mahkamah Syariah Tapah. Majlis yang diadakan di perkarangan Mahkamah Syariah Tapah ini sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan ke-83 Sultan Perak. Uniknya bangunan dua tingkat yang siap sepenuhnya pada 29.03.2010 ini adalah kerana konsep dan idea luaran bangunan ini menyerupai Istana Kuning, Bukit Chandan.

Selepas merasmikan bangunan berkenaan, baginda telah berkenaan pula mencemar duli merasmikan Dewan Bicara Mahkamah pula. Turut serta dalam majlis ini adalah Duli Yang Amat Mulia Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan Raja Jaafar Raja Muda Musa, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Dato' Muhamad Asri Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air Negeri Perak, Dato' Ramly Zahari.

No comments: