Thursday, June 30, 2011

Tuanku Mizan Kurniakan Darjah JSM Kepada Norman KRU

Norman KRU Menerima JSM daripada Tuanku Mizan di Istana Negara - Gambar dari Bernama

30.06.2011, Khamis - Hari in KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah berkenan mengurniakan Darjah Johan Setia Mahkota kepada Norman bin Abdul Halim yang merupakan Presiden Eksekutif KRU Studios dan juga merupakan seorang artis terkenal Malaysia. Darjah ini tidak membawa apa-apa gelaran. Tuanku Mizan telah berkenan menghadiri Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat Persekutuan yang diadakan di Istana Negara hari ini.

Darjah Johan Setia Mahkota (JSM)

Dalam Istiadat hari ini Tuanku telah berkenaan mengurniakan 243 anugerah Darjah Kebesaran Persekutuan tahun 2011 sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong iaitu lima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM), satu Panglima Setia Mahkota (Kehormat), enam Panglima Jasa Negara (PJN), dua PJN (Kehormat), tiga Panglima Setia Diraja (PSD), lapan Johan Setia Diraja (JSD), 61 Kesatria Mangku Negara (KMN), empat Kesatria Setia Diraja (KSD), 53 Ahli Mangku Negara (AMN), 60 Pingat Pangkuan Negara (PPN) dan 12 Pingat Bentara Setia Diraja (BSD). Tahniah Syah ucapkan kepada semua penerima Darjah Kebesaran Persekutuan bagi tahun 2011.

No comments: