Monday, June 27, 2011

Tuanku Nur Zahirah Melawat Pusat Pengeluaran Songket Kontemporari Yayasan Tuanku Nur Zahirah

Tuanku Nur Zahirah dan Toh Puan Norkiah melawat Yayasan Tuanku Nur Zahirah - Gambar dari Bernama

27.06.2011, Isnin - Hari ini KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah yang berada di Kucing, Sarawak telah berkenaan meluangkan masa selama 45 minit melawat Pusat Pengeluaran Songket Kontemporari Yayasan Tuanku Nur Zahirah. Baginda telah diberikan taklimat oleh Pengarah Pengeluaran dan Rekaan Tekstil, Dr June Ngo Siong Kheng mengenai rekaan, tenunan serta koleksi terkini songket dan songtik. Turut mengiringi baginda dalam lawatan ini adalah Isteri Kepada YTY Yang Dipertua Negeri Sarawak, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Norkiah dan isteri Ketua Menteri Sarawak Puan Seri Ragad Kurdi Taib serta tetamu-tetamu kenamaan lainya

Yayasan ini ditubuhkan pada 2007 dan dinaungi oleh Raja Permaisuri Agong, bermatlamat mengekal serta meningkatkan kraft dan warisan asli dengan memperbaiki taraf hidup tukang, penenun dan pekerja mahir dalam bidang berkenaan. Yayasan ini juga memperkenalkan inovasi penghasilan songket kontemporari serta merevolusikan penggunaannya. Iannya juga membiayai dan mengambil inisiatif melakukan penyelidikan dan pembangunan songket dengan bantuan pakar tekstil Dr Ngo. Hasilnya sejenis songket yang unik dan menakjubkan telah dicipta yang mana ianya lebih ringan dan lembut serta tahan lasak untuk rekaan dalaman serta produk hiasan rumah.

Yayasan juga telah menubuhkan dua pusat pengeluaran iaitu di Kuala Terengganu dan Kuching dibawah seliaan Dr Ngo. Dr Ngo yang juga merupakan Timbalan Dekan (Lepasan Ijazah dan Penyelidikan) Fakulti Seni Gunaan da Kreatif Universiti Malaysia Sarawak memaklumkan kepada Bernama bahawa Pusat Pengeluaran di Kuching ditubuhkan pada Ogos 2008 dan sekarang terdapat 15 penenun sepenuh masa yang berusia dalam lingkungan 19 dan 31 tahun dan telah berupaya mewujudkan pekerjaan tetap kepada mereka selain menjadikan aktiviti menenun songket sebagai kerjaya menarik dan berdaya maju bagi golongan muda. Menurut beliau penenun boleh memperolehi pendapatan diantara RM1,600.00 hingga RM2,000.00 sebulan.

No comments: