Tuesday, June 14, 2011

Gegaran Gempa Bumi di Menara TM

14.06.2011, Selasa - Gambar diatas nie adalah Menara TM yang terletak di Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur dan merupakan tempat Syah bertugas. Selepas keluar dari Account Briefing tadi ada orang tanya Syah, rasa tak gegaran dan Syah kata tak? Kebetulan lif Bomba yang kami tunggu tiba-tiba dihentikan lalu kami menggunakan lif biasa. Mereka kata ada gempa bumi di Sumetera Utara, Indonesia. Setelah sampai kat office dan Syah tanya member-member ada gegeran ker dan ada yang kata ya dan ada yang kata tidak. Fad, salah seorang executif kat tempat Syah kata pagi tadi kat rumah dia ada rasa gegeran dan kami kata kat dia kalau kat rumah tu gegaran lain............ heheheh dia diam jer dan sambung cerita dia pasal gegaran kat rumah dia pagi tadi dan kami dengar jer. Kami sebenarnya kata pasal gegaranyang berlaku sekarang nie. Pada jam 12:57hrs tiba-tiba ada announcement memberitahu bahawa gegaran yang dirasai tadi adalah sederhana dan tidak membahayakan. Oooooo betullah kata mereka tetapi kami di Aras 50 tadi tak rasa apa-apapun, tetapi Shukur Alhamdulillah ianya tidak merbahaya dan kami tidak diarahkan keluar dari bangunan.

No comments: