Tuesday, June 14, 2011

Naik AEL Pagi Nie

14.06.2011, Selasa - Pagi Nie Syah naik AEL untuk ke Stesyen Komuter Rawang dan Arip yang memandu. Kami naik kereta Syah kerana Azrin outstation ke Pahang dan kebetulan dalam minggu nie Syah berada di Rawang dan Syah cadangkan guna kereta Syah dan Arip setuju. Jadi kalau jalan jem atau terlambat ker taklah perlu naik kereta sewa atau minta Bak (bapa Azrin) amil, sian dia sebab dah berumur biarlah dia rehat kat rumah kan?. Dulu masa dia bekerja Syah selalu saing dengan Bak sekarang tak lagi coz dia dah pencen.

Hari nie terlewat bangun jam 05:30hrs dan terus Syah mandi kerana dah janji nak gerak jam 06:15hrs. Selepas solat Subuh Syah panaskan enjin kereta dan bila Syah berada dalam bilik air untuk buang air kecil Arip pun datang. Sampai KTM Syah minta Arip parking kat dalam kompaun KTM dan turunkan Syah depan kaunter KTM kerana nak beli tiket coz Touch n Go Syah meragam - Kad tak sah katanya semenjak petang semalam lagi.

Disebabkan kami sampai awal so dapatlah naik train jam 06:45hrs dan Syah sampai office jam 08:00hrs. Masa di KL Sentral Syah minta Arip tolong belikan sesuatu untuk Syah dan bagi duit kat dia sekali coz katnya dia hendak ke Jackel waktu lunch nanti. Sampai KL Sentral tadi Syah top-up kad touch & go tetapi still tak boleh masuk kerana Kad Tak Sah dan Syah refer ke LRT.

Bila disemak mereka inform ada masalah semasa Syah punch out di Komuter dan mereka tak boleh clearkan dan Syah kena ke KTM. Sampai KTM Counter mereka check kad Syah dan beritahu masalah nie kerana pagi semalam masa touch keluar kad tu tak dicaj dan mereka minta Syah bayar tunai RM3.60 baru boleh clearkan kad tu.

Yang herannya mengapapagi semalam masa naik LRT boleh pula guna kad tu dan petang baru diblok dan Syah tanya mereka dan merekapun tak tahu nak explain macam mana. Syah inform mereka sebab tu Syah selalu top-up RM10.00 setiap kali buat tambahan kerana takut kalau isi banyak-banyak nanti ada masalah dan duit tu boleh hilang macam tu sahaja dan pernah jadi kat Syah. Bila nak claim atau uruskan balik takes time dan manalah kita tak ada masa nak ke pejabat touch n go walaupun iannya terletak di KL Sentral. Pejabat Touch & Go tu buka jam 10:00hrs, kos lagi nak ulang alik dari office kan?

Oklah semua kerana sekejap lagi Syah ada briefing mengenai 2nd Quarter Account Closing di aras 50, Menara TM dan lepas tu busy dengan Shopping Cart untuk perolehan bagi Program TM Award Nite 2011 yang akan diadakan pada hari Sabtu nie nanti. Syah juga telah tundakan kursus Syah di TMTC pada 15 dan 16 haribulan nie kerana standby untuk majlis nie. Syah tak pergipun majlis nie kerana tak dijemput tetapi Syah menyediakan proses perolehan untuk majlis ini. Kira kita beri sembangan dibelakang tabir jer lah. Ok ................. sehingga berjumpa lagi di lain Entry.

No comments: