Sunday, June 12, 2011

Queen Elizabeth anugerahkan Gelaran Baru Kepada Suami Baginda

12.06.2011, Ahad - Queen Elizabeth II telah menganugerahkan gelaran baru kepada suami baginda Duke of Edingburg, Prince Philip sebagai hadiah sempena ulangtahun beliau yang ke 90 Jumaat lepas. Gelaran itu adalah Lord High Admiral, yang merupakan gelaran bagi ketua turus angkatan tentera laut British sebagai penghargaan kepada beliau yang pernah bertugas dengan angkatan laut British semasa perang dunia kedua dan berada di Tokyo Bay apabila pihak Jepun menyerah kalah pada tahun 1945. Prince Philip merupakan satu-satunya pasangan pemerintah British paling lama bertahta dalam sejarah beraja di Britain. Duke of Edinburg memaklumkan bahawa beliau akan mengurangkan aktiviti-aktiviti rasmi beliau untuk berehat. Majlis sambutan harijadi beliau diiringi oleh tembakan meriam sebanyak 62 das di Towers of London dan lagu Happy Birthday dimainkan oleh pihak tentera diluar Buckingham Palace. Syah mendoakan semuga Duke of Edinburg dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik.

No comments: