Monday, June 13, 2011

YAM Tengku Seri NIla Utama Pahang Sambut Ulangtahun Ke-84 di London

YAM Tengku Seri Nila Utama Pahang bersama Tengku Amir

13.06.2010, Isnin - Tentu anda semua tertanya-tanya siapakah wanita dalam gambar diatas. Syah dapat gambar nie daripada facebook Tengku Ismail. Bertuah rasannya dapat menatap wajah beliau. Wanita ini adalah Bekas Tengku Ampuan Terengganu dan banyak diantara kita tidak mengetahui mengenai beliau. Wanita ini adalah YAM Tengku Seri Nila Utama Pahang Tengku Ainol Jamal binti Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah. Beliau merupakan bekas isteri kepada Bekas Sultan Terengganu iaitu Tengku Ali ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.

YAM merupakan isteri ketiga Almarhum Tengku Ali. Setelah Tengku Ali dilantik sebagai Sultan Terengganu, YAM telah dilantik sebagai Tengku Ampuan. Perlantikan ini telah digazedkan didalam Warta Kerajaan Terengganu Bil 18 bertarikh 16.09.2063 (tahun Jepun) berikutan kemangkatan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah pada 25.09.1942. Walau bagaimanapun jodoh YAM dengan Almarhum Tengku Ali tidak panjang kerana YAM telah bercerai dengan Almarhum Tengku Ali selepas Almarhum Tengku Ali diturunkan dari tahta kerajaan Terengganu pada 16.12.1945 selepas Jepun menyerah kalah di Tanah Melayu.Tengku ABdullah Sedang mengambil Makanan di Majlis Sambutan Ulangtahun Tengku Seri Nila Utama yang berlangsung di London.

Setelah bercerai, YAM telah kembali semula ke Istana Pahang. Hasil perkongsian hidup dengan Almarhum Tengku Ali, YAM telah dikurniakan tiga orang cahayamata iaitu Tengku Besar, Tengku Afzam dan Tengku Dato' Iskandar. Setelah kembali ke Pahang, YAM telah mendirikan rumahtangga sekali lagi.

YAM diputerikan pada 03.06.1927 dan merupakan adik beradik satu ibu dengan KDYMM Sultan Pahang sekarang. Bonda YAM adalah DYMM Tengku Ampuan Besar Raja Hajjah Fatimah binti Paduka Seri Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak ke-30). Baru-baru ini YAM telah menyambut hari ulangtahun kelahiran YAM ke-84 tahun di London. Majlis yang diadakan di Oxshott, Surrey, London ini telah dianjurkan oleh Tengku Mahkota Pahang KDYTM Tengku Abdullah Al-Haj dan Tengku Puan Pahang KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aninah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.

Ada satu perkara yang istemewa mengenai sambutan ulangtahun YAM ini dimana semua menu merupakan air tangan dari KDYTM Tengku Puan Pahang sendiri yang memang terkenal sebagai seorang yang suka memasak. Syah mendoakan agar YAM Tengku Seri Nila Utama Tengku Ainol Jamal di Panjangkan Umur dan Dimurahkan Rezeki, AMIN.

Entry Syah Mengenai Bekas Sultan Terengganu, Tengku Ali

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum,
saya ingin betulkan sedikit fakta mengenai anak2 YAM Tengku Seri. Nama2 anak beliau ialah: Tengku Besar Asiah, Tengku Dato' Azam Khadijah & Tengku Dato' Iskandar Abu Bakar.