Saturday, June 18, 2011

Binaan Baru Pusara Tan Sri Haji Mohd Noah bin Omar di Makam Pahlawan

18.06.2011, Sabtu - Kedua-dua pusara ini adalah kepunyaan individu yang sama iaitu Allahyarham Tan Sri Haji Mohd Noah bin Omar di dalam kompaun Makam Pahlawan, Masjid Negara, Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Allahyarham merupakan bapa mertua kepada Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke-2 dan Ke-3. Allahyarham juga merupakan datuk kepada Perdana Menteri yang amat kita Sayangi iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak. Macam mana pula boleh dikatakan sama dan mana ada orang yang meninggal dunia dan pusaranya ada dua. Tetapi yang ini adalah betul kerana kedua-dua pusara ini adalah milik orang yang sama. Cuma yang diatas tu adalah binaan yang lama dan dibawah ini merupakan binaan baru bagi menggantikan pusara yang lama.

Rasa-rasanya pusara ini baru dibina dalam bulan Mei atau Jun 2011 kerana sebelum ini Syah tak nampak pula binaan baru berkenaan semasa ziarah ke Makam ini. Binaan asal diperbuat daripada Batu Mamar putih manakala setelah diubahsuai struktur binaan pusara ini diperbuat daripada Batu Granite kelabu kehitaman tak sila Syah berdasarkan bentuk dan warnanya. Batu nisannya menyerupai nisan asal tetapi lebih tinggi sedikit daripada yang asal. Allahyarham semasa hidupnya merupakan Bekas Menteri Dalam Negeri dan Speaker Dewan Rakyat. Syah ambil gambar nie sewaktu berada di Masjid Negara untuk solat Jumaat semalam.

No comments: