Thursday, June 2, 2011

Sultan Perak Hadiri Konsert Diraja

Sultan Perak dan Raja DiHilir Menyaksikan Konsert Diraja - Gambar dari Bernama

02.06.2011, Khamis - Malam tadi Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah telah berkenan mencemar duli menghadiri Konsert Diraja sempena ulang tahun Hari Keputeraan Baginda yang ke-83 tahun. Konsert ini diadakan di Universiti Teknologi Petronas cawangan Seri Iskandar adalah anjuran bersama kerajaan Negeri Perak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP). Turut mengiringi baginda adalah Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan Dato' Seri Raja Jaafar ibni Raja Muda Musa.

Turut serta adalah Menteri Besar Perak Dato' Seri Zambry Abd Kadir dan Isteri, Datin Seri Sarinah Zulkifli, Naib Canselor UPSI Prof. Datuk Dr. Aminah Ayob dan Naib Canselor UTP Datuk Dr. Zainal Kasim. Para hadirin telah dihiburkan dengan nyanyian, persembahan musik dan tarian oleh hampir 200 orang yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan UTP, UPSI dengan kerjasama pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri Bainun.

No comments: