Sunday, June 5, 2011

Hantar Kucing Grooming dan Brunch @ Tapah Restaurant

05.06.2011, Ahad - Malam tadi Muss call Animal Ark kerana hendak hantar Noami dan Blackie untuk buat grooming dan Hamster pula tak boleh sebab baru inject vaccine. Tadi jam 11:00hrs kami semua ke Animal Ark yang terletak di 13A-1, Block B, Platiunum Walk, Setapak berhampiran KL Residence Syah. Kedai nie kepunyaan orang Melayu dan semestinya tak terima anjing. Caj yang dikenakan pun berpatutan dan kerjanya memuaskan hati. Jika anda ingin mendapatkan perkhidmatan mereka boleh hubungi staff disana iaitu Man - 013 306 9361 atau Kam 016 713 3971. Mereka mandi, letak ubat kutu dan potong kuku. Petang nanti baru Muss ambil budak dua ekor itew.Dari Animal Ark kami ke Restoran Tapah di Medan Idaman untuk brunch. Syah makan Roti Sardin + Barli Panas, Muss Roti Banjir + Teh Ice, Cd Nasi Goreng Mamak, Roti Banjir + Fresh Orange. Disamping tu kami juga order Ayam Goreng dan Telur Ikan Goreng. Pagi nie Syah belanja mereka dan semuannya RM20.60. Lepas makan kami semua balik dan pada mulannya Muss dan Cd nak keluar tetapi tak jadi kot sebab Syah tengok mereka masuk rumah sama-sama Syah. Sekarang jam 12:42hrs, Cd sedang mentenet dan Mus berkaraok dalam bilik dia. Syah pula mentenet diruang tamu sambil layan Melodi @ TV3 ............

No comments: