Thursday, June 2, 2011

Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong

Tuanku Sedang Membaca Surah Yasin di Masjid Negara - Gambar dari Bernama

02.06.2011, Khamis - Malam ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmod Al-Muktafi Billah Shah telah berkenan berangkat menghadiri Karnival Inovasi Islam Peringkat Kebangsaan 2011 dan Majlis Bacaan Surah Yasin dan Doa Selamat di Masjid Negara. Majlis ini adalah sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 04.06.2011. Turut mengiringi baginda adalah KDYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin serta isteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Bacaan Yasin telah diketuai oleh Iman Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Pada Majlis ini baginda juga telah berkenan menyampaikan trofi Anugerah Inovasi Islam Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1432H/ 2011 kepada enam ornag penerima iaitu :-

Pengasas Zul Design Autotronic, Zulkifli Haron

Pengarah Radio IKIM fm, Nik Roskiman Abdul Samad

Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan

Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Berhad, Datuk Seri Zukri Samat

Datuk Prof Dr Hassan Yaacob

Muhammad Ammar Muhammad

No comments: