Wednesday, June 1, 2011

Sultan Selangor Rasmi Masjid Istana DiRaja


Kelihatan DYMM Tuanku Sultan Selangor Menyampaikan Titah Dalam Istiadat Perasmian Masjid Istana DiRaja - Gambar dari Bernama


01.06.2011, Rabu - Hari ini Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan merasmikan Masjid Istana DiRaja yang terletak didalam kawasan Istana Alam Shah, Bandar DiRaja Klang, Selangor Darul Ehsan. Masjid yang bernilai RM 9 Juta ini telah dibiayai sepenuhnya oleh DYMM Sultan Selangor sendiri. Turut serta dalam Istiadat Perasmian ini adalah Raja Muda Perak Darul Ridzuan Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Semalam, di Masjid ini jugalah Almarhumah Bonda Tuanku Sultan iaitu YMM Paduka Bonda Raja Selangor Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah di sembahyangkan sebelum jenazahnya dimakamkan di Makam Diraja Shah Alam.

No comments: