Monday, June 27, 2011

Resipi Nasi Goreng Ejon

27.06.2011, Isnin - Semalam untuk breakfast Syah bikin nasi goreng. Nasi goreng bias jer tetapi Syah namakan Nasi Goreng Ejon sebab Bonda Saudara Syah Bonda Maizon selalu buat nasi goreng nie masa Syah kecil dan remaja dahulu. Selain daripada Almarhum Nenda Ahmad Al-Haj dan Almarhumah Maharum Al-Hajjah yang membela dan membesarkan Syah, Bonda Ejon juga bersama-sama membesar dan menjaga Syah di Kampung. Syah membesar dengan anak-anak Bonda Ejon sekali. Bagi Syah memang sedap nasi goreng nie, tetapi bila balik kampung sekarang nie Bonda Ejon dah tak masak lagi kerana sudah tua dan tugas tu diambil oleh anak perempuannya Kak Ngah Normah yang tinggal bersama Ejon sekarang ini. Nasi goreng nie simple sahaja dan menggunakan bahan-bahan yang mudah kita dapati didapur. Sesuai untuk orang bujang atau keluarga yang ramai dan kesuntukan masa untuk menghidangkan menu yang berat-berat. Jom Syah nak kongsi bersama dengan anda resipi nasi goreng nie .............jom


Bahan-bahannya muda jer anda kena ada :-
Ikan Bilis, Cili Api, Kacang Panjang, Bawang Putih & Merah, Telur Ayam, Garam, Aji No Moto, Minyak Masak dan mestlah Nasi Putih. Kalau tak ada kacang panjang anda boleh gunakan kobis dan kalau tak hendak letakkan sayuranpun tak mengapa ikut kesukaan anda. Kalau anda tak ada ikan bilis boleh juga gunakan lebihan ikan goreng yang tak habis kita makan tetapi kena berhati-hati kerana anda terpaksa buangkan dahulu tulangnya dan ambil isinya sahaja.


Penyediaan :-
Bawang Merah dan Putih dimayang, Bersihkan Cili Api serta Ikan Bilis dan ketepikan, Kacang Panjang dipotong kecil-kecil. Tumbuk Cili Api sehingga lumat. Syah akan tumbuk lumat cili tu dan hancurkan bijinya sekali tetapi terpulang kepada anda kerana ada yang suka ditumbuk begitu sahaja dan nampak bijinya kerana kerja senang sket. Tapi hati-hati tumbuk cili api kerana jika tersilap langkah bijinya akan masuk kedalam mata dan boleh tahan jugalah sedapnya rasa pedas tu kat mata......... Nangis gua cakap lu............. heheheh. Setelah tumbuk Cili Api tu hingga lumat masukan bawang dan ikan bilis dan tumbuk sekali bersama-sama cili api tadi sedikit demi sedikit. Jangan masukkan sekali nanti bertarabur bahan-bahan tu dan susah nak tumbuk. Bawang dan ikan bilis tu janganlah tumbuk sampai lumat yer agak-agak jer bagi hancur sedikit.


Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk tadi dan tumis hingga garing. Masukkan Nasi Putih dan kacau hingga bahan-bahan tadi sebati dan mesra dengan nasi tadi. Cakap pasal nasi nie seelok-eloknya gunakan nasi yang telah ditanak (masak) awal. Contohnya kalau nak buat breakfast, tanak nasi pada sebelah malamnya dan terpulang kepada anda nak letakkannya diluar atau masukkan dalam peti sejuk. Zaman dulu biasanya orang buat nasi goreng nie jika ada lebihan nasi makan malam yang tak habis. Tetapi sekarang orang makan nasi goreng tak kira waktu sebab zaman dah berubahkan. Kalau kita ke Kelantan/Terengganu pagi-pagi buta lagi mereka jual satay tapi kalau kat KL Malam jer yer, tulah lain tempat lain caranya.


Kacau rata nasi tadi dan buat lubang diengah-tengah kuali macam lubang gunung berapi tu. Masukkan telur ayam, terpulang nak masukkan telur terus dalam kuali atau anda boleh pecahkan dulu dalam mangkuk dan pukul telur tu. Biarkan seketika dan kacau telur tadi hingga pekat dan gaulkan dengan nasi tadi. Mula-mula nasi akan nampak berlendir kerana digaul dengan telur tu tetapi terus kacau hingga telur tu masak dan iannya akan kering. Jangan risau yer. Bila telur dan nasi yang bergaul tadi tu dah masak dan nampak kering, taburkan Garam dan Aji No Moto ikut citarasa anda. Tak mahu letak Ajipun tak apa. Gaul hingga garam dan aji tu mesra dengan nasi dan masukkan Kacang Panjang tadai dan gaul seketika dan padamkan api. Kalau letak kobis biasanya Syah masukkan awal selepas kita menumis tadi.

Syah suka letakkan garam kemudian daripada masukkan semasa menumis kerana dengan cara ini kita boleh pastikan garam secukupnya untuk nasi kita dan kalau terkurang boleh tambah lagi. Kalau dimasukkan masa menumis tadi, jika terlebih garam hemmm susahlah melainkan jika kita ada nasi extra untuk hilangkan masinnya kalau tak terpaksalah cakap kat tetamu atau family kita "Nasi ni termasi Sket Ya" kan???????????. Bila sudah masak hidangkan ikut citarasa kita sendiri. Macam pagi semalam Syah buat Telur Mata Separuh Masak untuk Arepiz manakala untuk Muss, Cd dan Syah Telur Dadar. Tujuan Syah letak kacang panjang tu supaya ada sayuran dalamnya dan bila kita makan kacang tadi akan rasa rangup dalam mulut kita bila mengunyah. Kadangkala Syah juga suka gaulkan Kacang Goreng dan Ikan Bilis Goreng dalam Nasi Goreng nie. Bak kata orang ikut kesesuai apa yang kita suka. By the way Nasi Goreng nie lebih sedap jika ianya dibuat pedas sedikit.


Nasi goreng nie boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja tak mengira waktu sebagai breakfast, lunch atau dinner. Kalau nak sedap lagi untuk lunch dan dinner anda boleh buat paprik ayam/daging/seafood ataupun ayam goreng berempah untuk dimakan bersama-sama nasi goreng nie. Tak payah nak ke gerai tomyam kerana boleh DIY sendiri. Makan kat luar memanglah menjimatkan masa dan tenaga tetapi dari segi kebersihannya kita sendiri tak boleh nak diramalkan? Kadangkala kat luar restoran canggih tapi kat dalam dapurnya menyedihkan ....yang ado....... tapi tak semua kedai lah macam tu. Kalau rasa kedai tu bersih on jer kalau tak cari tempat lain bak kata orang dahulu kala "Tepuk Dada Tanya Selera". Kalau masak sendiri lagi bagus, Selamat Mencuba Nasi Goreng Ejon.

No comments: