Sunday, June 5, 2011

Selipar Terputus Masa Lintas Jalan

Yang Biru tu Kasut Baru manakala disebelahnya selipar Syah yang terputus tue. Untung tak jadi Cenderella kan?

05.06.2011, Ahad - Petang tadi hampir jam 16:00hrs Syah keluar dari KL Residence untuk ke Citibank Jalan Ampag sebab hendak bayar credit card. On the way hujan renyai-renyai dan bila naik jer Stesyen LRT Melati hujan turun dengan lebatnya mencurah-curah. Nasib baik Syah dah sampai station. Syah turun di LRT Ampang Park dan ke Citibank dulu untuk semak bayaran yang perlu dibuat kerana statement Syah tertinggal dioffice. Setelah dapat figurenya, Syah ke Ampang Park untuk keluarkan duit di Maybank.

Syah malas nak ikut LRT dan Syah lintas jalan jer kerana kereta tak banyak. Bila Syah lintas jalan jer kasut Syah putus. Alamak malunya .................... untuk orang tak ramai. Syah panic seketika kerana tak tahu nak buat apa, adalah 1/2 jam Syah duduk dan berfikir nak buat apa, malu lagi plak tue. Syah buka beg nak cari tali tak ada, terfikir juga nak guna tali passcard atau wayar headphone tetapi Syah batalkan niat tu. Syah call Mus suruh ambil tetapi katannya dia baru nak ambil kucing dan Syah tanya dia ada kedai kasut tak kat Ampang Park dan dia kata ada. Syah cakap dia jangan datang coz Syah beli selipar jer.

Nak jalan macam biasa tak boleh jadi Syah terpaksa seret kaki Syah macam orang cacat atau orang tengah sakit kaki. Malunya Tuhan jer yang tau. Jumpa kedai kasut kat Ground Floor tetapi sandal mahal so Syah tanya sales girl ada kedai kasut lelaki tak dan dia kata kat atas. So Syah pun jalan naik keatas guna escalator sambil seret kaki Syah hehehhehehe......... apalah nasib hari ini. Sampai kedai tu Syah beli selipar murah yag harganya RM10.00 jer. Lepas tu lega rasanya dan hilang rasa malu.

Dari Ampang Park Syah jalan kaki ke KLCC sebab nak ronda-ronda kejap. Syah makan McD di Signature Food Court. Syah tapau jer McD tu tetapi kebetulan ada tempat kosong Syah makan jer kat situ. Ialah Syah kan seorang-seorang jadi kena tapau kerana kalau tak ada tempat Syah boleh makan di tempat lain yang ada bangku ditingkat lain atau tepi kolam air pancut. Masa makan Syah jumpa anak-anak Kak Long Fadhilah dan tanya mereka datang dengan siapa dan katannya Mak sambil tunjukkan Kak Long. Syah lambai tangan dekat Kak Long. Selepas selesai makan Syah ketandas dan jumpa mereka lagi dimeja makan tetapi jauh dari Syah dan Syah cuma lambai tangan jer kat mereka.

Hampir jam 19:00hrs, Syah balik ke KL Residence dan sampai ke rumah sudah masuk waktu Maghrib dan kedengaran azan berkumandang di Surau berhampiran KL Residence Syah. Sampai rumah nampak gelap, rupa-rupanya Cd dalam bilik dengan kucing-kucingnya yang dua ekor tu manakala Muss keluar gunting rambut dan ke dobi ambil langsir yang dia hantar untuk dry cleaning.

No comments: