Friday, June 17, 2011

Putera Mahkota Abu Dhabi Selamat Tiba Ke Malaysia

17.06.2011, Jumaat - Bernama hari ini melaporkan bahawa Putera Mahkota Abu Dhabi Jeneral Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan telah selamat tiba kenegara kita pada pagi ini untuk lawatan rasmi sehari ke Malaysia. Baginda yang diiringi oleh delegasi terdiri daripada pegawai kanan kerajaan tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur @ KLIA jam 09:30hrs tadi dan disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Timbalan Menteri Luar Senator A. Kohilan Pillay.

Wisma Putra dalam kenyataannya memaklumkan bahawa Sheikh Mohamed dijadualkan mengadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Negara dan kemudiannya akan bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

No comments: