Sunday, June 26, 2011

Raja Muda Perlis Berjumpa Pelajar-Pelajar Perlis di Bandung

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyampaikan sumbangan kepada p0elajar-pelajar Perlis di Bandung - Gambar dari Bernama

26.06.2011, Ahad - Hari ini Raja Muda Perlis DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang kini berada di Bandung telah berkenaan mencemar duli berjumpa dengan pelajar-pelajar Perlis di Bandung dalam satu Majlis Penyampaian Sumbangan Yayasan Tuanku Syed Putra yang diadakan di Novotel Bandung. Turut hadir adalah DYTM Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Dato' Azizan Hamid. Tuanku dan rombongan berada di Bandung dalam rangka lawatan kerja selama empat hari bermula 24.06.2011.

Aktiviti pertama Tuanku dan rombongan pada hari pertama di Bandung adalah melawat kilang senjata terbesar di rantau ini yang diasaskan pada 1808 ketika pemerintahan Belanda iaitu PT PINDAD yang mempunyai lebih kurang 3000 kakitangan.

No comments: