Wednesday, June 15, 2011

Serba Tak Kena Pagi Nie

15.06.2011, Rabu - Serba tak kena plak pagi nie. Tension Syah dibuatnya dan bila tension Syah biasanya akan makan banyak sedikit tetapi kalau Syah makan lebih pada Sabtu dan Ahad tu bukan tension namanya sebab memang weekend Syah akan makan lebih. Sebab-sebab tension pagi nie kerana :-



  1. Start kereta ok tetapi bila Arip onkan aircond ada bunyi bising dan bila diperiksa Arip kata kipasnya berbunyi. So we all ambil decision tak buka aircond. Sampai rumah Kak Cik ada bunyi pelik dan Arip pusing ikut rumah depan buat testing dan lama-lama bunyi tu tak ada. Kalau ada kami naik bas jer pagi nie ke KTM Rawang. Tensio tul bunyinya macam gearbox rosak beberapa tahun lepas dan Syah tersadai tepi jalan jam 02:00 pagi di area Kuala Selangor. Tak boleh ingat peristiwa tue.


  2. Ada train ekspress tetapi kami tak dibenarkan masuk walaupun banyak tempat kosong dan terpaksa tunggu next train. Shuttle Rawang - Bangi jam 07:00hrs dibatalkan pula dan terpaksa tunggu train lain. We all naik Shuttle Ipoh-KL Sentral. Sampai KL Sentral jalan saing sama Arip dan tiba-tiba tengok dia ketempat lain dan Syah rupanya cakap seorang-seorang.... hehehehhe lawak betul.


  3. Sampai office teringat kerja pending pasal quotation semalam tu dan nak sambung buat Shopping Cart (SC) tetapi boss inform photostate rosak dan Syah hold dulu create SC kerana semua dokumen hendak discan terlebih dahulu. SC kena disiapkan hari nie coz bos dah lama bagi kat Syah. Call maintenance buat service dan boss minta hantar dokumen ke Melaka via courier service.


  4. Syah turun -3 hantar dokumen tu ke Poslaju tetapi pejabt pos inform mereka masuk jam 10:00hrs. Syah call mereka dan inform akan ambil ke office kerana mereka sekarang di Brickfilds dan jarang berada di office tu sekarang. Staff mereka Mus inform dari Brickfield dia akan terus collect kepada customer dan Syah tak boleh tinggalkan di -3. Hemmmm terpaksa naik semula bawa dokumen tu.


  5. Dari -3 ingat nak cari makan tetapi foodcourt tkt 3 tetapi ............Yang Ado kerana makanan dah tak ada dan mereka sedang prepare lunch. Kalau adapun yang Syah tak perkenan.


  6. Dari Menara TM Syah ke kedai Mamak di Kerinchi LRT order roti sardin dan barli panas. Punyalah lambat hantar makanan dan air. Tak tahu napa mereka hari nie dan macam nak tinggalkan jer kedai tu. Lepas makan roti sardin, Syah minta roti canai pulak. banyakkan?


  7. Sekarng nie rasa nak demam coz tekak Syah sakit. Pagi tadi lepas bangu tidur tekak Syah sudah sakit bila nak telan air liur. Mana taknya lately Syah kurang minum air. Ada-ada jer kan.


  8. Cermin mata Syah pula tertanggal skrunya dan tak boleh pakai. Satu hal nak cari kedai cermin mata. Adaoiiiiiiiiiiiiiiiiii...............

Sekarang jam 11:15hrs dan baru mesin photostate tu siap dibaiki dan Syah nak sambung kerja semula. Kepala Syah dah mula nak sakit nie. Ok lah sehingga berjumpa lagi yer dilain Entry.

No comments: