Wednesday, July 20, 2011

Pengerusi Persatuan Kerabat Diraja Kedah Sertai Pertandingan Makan Durian

Dato' Tengku Zainol Rashid menyampaikan hadiah kepada En Nazri sebagai pemenang pertandingan hari ini - Gambar dari Bernama

20.07.2011, Rabu - Hari ini Pengerusi Persatuan Kerabat Diraja Kedah, Dato' Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya telah berbesar hati untuk mengambil bahagia dalam pertandingan makan durian yang diadakan di Daerah Sik, Kedah. Turut serta mengambil bahagian adalah isteri beliau, Datin Syarifah Ekhbal Syed Mohd Bakhir. Pertandingan makan durian ini dianjurkan oleh penduduk Kampung Tala, Mukim Jeneri. Turut memeriahkan majlis adalah Timbalan Presiden Bekas Pasukan Keselamatan Negara Malaysia, En Abdul Aziz Wahab.

Pemenang pada pertandingan hari ini adalah wakil TV Al-Hijrah Kedah, En Nazri Hassan yang telah berjaya mendahului para peserta lain telah berjaya menghabiskan 16 ulas durian dalam masa yang diberikan iaitu tiga minit sahaja. Seramai 20 orang pesereta mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

No comments: