Tuesday, July 12, 2011

Cucu Sultan Selangor Mohon Mahkamah Penjarakan Bondanya

Putera Azamuddin Shah

YAM Tengku Puteri Arafiah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj

12.07.2011, Selasa - Cerita anak saman mak bapak dah biasa kita denar tapi jarang... jarang.... berlaku. Baru sahaja Syah mentioned dalam entry sebelum nie kat bawah tu tak semua anak akan jaga ibu/bapa mereka bila tua nanti. Apa-apapun seorang anak itu ada hujah-hujahnya sendiri mengapa dan bagaimana perkara yang pelik nie boleh berlaku. Pada 23.06.2011 lepas Putera Azamuddin yang merupakan cucu Sultan Selangor, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan juga anak saudara kepad Sultan Selangor sekarang DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah telah diberikan kebenaran oleh mahkamah untuk memfailkan permohonan komital atau menghina mahkamah bagi memenjarakan bondannya iaitu YAM Tengku Puteri Arafiah kerana didakwa mengikngkari perintah mahkamah.

Permohonan sepatutnya didengar pada hari ini. Walau bagaimanapun Peguam Putera Azamuddin, Dato' Rajan Navaratnam memaklumkan kepada Bernama bahawa hakim menetapkan tarikh 26.07.2011 ini untuk perbicaraan kes tersebut kerana peguam yang mewakili Tengku Puteri tidak hadir ke mahkamah hari ini.

Pada 08.06.2011 lepas Putera Azamuddin memohon perintah komital itu kerana bondanya gagal menandatangani dan mematuhi perjanjian jual beli saham syarikat Sunshine Fleet Sdn Bhd berjumlah RM2 Juta. Menurut beliau, mahkamah telah membenarkan permohonanya untuk perintah pelaksanaan spesifik pada 19.04.2011 dan bondanya dikehendaki menandatangani dan mematuhi perjanjian jual beli saham itu dalam tempoh lima hari selepas itu. Walau bagaimanapun sehingga kini beliau mendakwa bondanya dengan sengaja tidak berbuat demikian dan iannya jelas mengingkari perintah mahkamah.

Dalam afidavit sokongannya, Putera Azamuddin menyatakan bahawa bondanya telah bersetuju untuk membeli kesemua 100,000 unit saham milik beliau dalam Syarikat Sunshine Fleet Sdn Bhd. Putera Azamuddin Shah merupakan anak lelaki tunggal Tengku Puteri Arafiah binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Syah Alhaj. Tengku Puteri merupakan adik beradik satu ibu dengan Tuanku Sultan Selangor iaitu anakanda kepada Almarhumah YMM Paduka Bonda Raja Selangor. Tengku Puteri diputerikan pada 18.09.1954, berkahwin buat pertama kalinya dengan Syed Saleh Syed Othman pada 15.03.1975 dan kemudiannya bercerai dan berkahwinan semula pada 19.05.1980 dengan En Abdul Aziz Tan Sri Shariff. Hasil daripada kedua-dua perkahwinan ini ,Tengku Puteri dikurniakan sepasang cahayamata sahaja. Syah berharap agar YAM Tengku Puteri tabah menghadapi dugaan ini dan kalau boleh carilah penyelesaian diluar mahkamah bersama-sama anakanda tercinta Putera Azmanuddin Shah.

No comments: