Saturday, July 9, 2011

Aktiviti Di Pagi Sabtu

09.07.2011, Sabtu - Macam biasa hari Sabtu mengemas rumah kalau tak kat dalam bilik, kat ruang tamu, bilik atas, dapur ataupun luar rumah. Kalau rajin buat semua kalau tak mana yang sempat jer. Pagi tadi Syah sapu daun-daun kering luar rumah sambil start enjin kereta, lepas tu basuh kereta. Dah siap kereta basuh lantai depan pula serta siram pokok. Lepas tu Syah ambil suppliment untuk lutut. Sebagai alas perut lepas makan ubat Syah makan buah tembikai jer sebelum ambil fish oil dan vic E. Buah nie Syah beli hari Khamis lepas kat pasar malam Garing Utama. Perut rasa sebu malas nak makan apa-apa mungkin disebabkan semangat berdiet yang berkobar-kobar tu kot.

Untuk lunch nanti Syah akan ambil Herbalife 1, 2 and 3. Rasanya selepas Zohor nanti nak balik KL sekejap, lagipun Syah naik Komuter dan LRT taklah jem sangat jalan. Tak tahulah disebabkan Perhimpunan Bersih nie public transport pun sangkut. Dengarnya keadaan terkawal kat KL. oklah sehingga perjumpa lagi dilain Entry..................... Bye.

No comments: