Saturday, July 30, 2011

Raja Thai Menyempurnakan Istiadat Memandikan Jenazah Mendiang HRH Princess Bejraratana

Mendiang HRH Princess Bejraratana


30.07.2011, Sabtu - Semalam Raja dan Permaisuri Thailand, HIs Majesty King Bhumibol Adulyadej (Rama IX) dan Her Mijesty Queen Sirkit telah berkenaan menghadiri upacara memandikan jenazah mendiang Her Royal Highness Princess Bejraratana yang berlangsung di Bilik Singahsana Piman Rathaya, Grand Palace. HRH Princess Bejraratana merupakan puteri tunggal dan satu-satunya zuriat King Vajiravudh, Rama VI dan Queen Suvadhana telah mangkat di Hospital Siriraj pada 27.07.2011 dalam usia 85 tahun. Mendiang dimasukkan ke hospital semenjak 17.07.2011 kerana mengalami masalah jangkitan dalam darah.


Raja Bhumibol dan Queen Sirkit Sedang Menyempurnakan Upacara Memandikan Jenazah di Grand Palace mengikut adat istiadat diraja Thai.

King Bhumibol telah mengarahkan kesemua kerabat diraja dan kakitangan Istana untuk berkabung selama 100 hari sempena kemangkatan ini manakala Perdana Menteri telah mengeluarkan arahan dimana kesemua agensi kerajaan dan negeri serta institusi pendidikan seluruh negara supaya mengibarkan bendera setengah tiang selama 15 hari dan memakai pakaian hitam sepanjang tempoh berkenaan sebagai tanda berkabung bermula semalam bersamaan hari Jumaat.

Rakyat Thailand yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia telah datang beramai-ramai ke Grand Palace untuk memberikan penghormatan terakhir dan upacara memandikan jenazah Mendiang dengan menyiramkan air suci dihadapan potrait mendiang yang diadakan di Sala Sahathai Samakhom. Manakala keluarga diraja menghadiri istiadat berkenaan di Bilik Singahsana Piman Rathaya, Grand palace. Menurut Raja Bhumibol, Jenazah mendiang HRH Princess Bejrarrtana akan ditempatkan di Dusit Maha Prasart Throne Hall, Grand Palace sebagai penghormatan tertinggi yang diberikan kepada mendiang sepanjang tempoh berkabung sebelum Istiadat Permakaman disempurnakan mengikut adat istiada diraja Thai.

No comments: