Thursday, July 14, 2011

Setem Istana DiRaja

Salah seorang pekerja Pos Malaysia, Shima Kamelia menunjukkan koleksi setem dan filateli Pos Malaysia bermotifkan Istana DiRaja - Gambar dari Bernama


14.07.2011, Khamis - Kepada peminat dan pengumpul setem, Pos Malaysia akan mengeluarkan koleksi Setem dan filateli terbarunya dengan memaparkan keunikan 10 buah Istana DiRaja Malaysia. Koleksi setem yang bernilai RM 1.00 setiap satu hanya akan mula dijual pada hari Isnin ini bersamaan 18.07.2011 disemua pejabat pos seluruh Malaysia. Sampul surat hari pertama dan koleksi setem ini boleh dibeli dengan harga RM10.50 yang mengandungi 10 keping setem yang bernilai RM1.00 setiap satu dan sampul surat berharga RM0.50 sekeping. So kepada peminat dan pengumpul setem atau yang baru berjinak-jinak dengan hobi ini, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk memiliki koleksi setem Istana DiRaja. Sampul surat hari pertama pula hanya akan dijual pada tarikh 18.07.2011 sahaja. Jika anda terlewat walaupun sehari iannya tidak akan dijual kepada anda, senonim dengan namanya "Sampul Surat Hari Pertama"

1 comment:

Anonymous said...

Yang kene jual untuk 18/7 ni sampul hari pertama je kan, setem masih ade lg kan utk hari berikutnye?