Tuesday, July 12, 2011

Syah Deman Hari Nie

Pergi kerja dengan Arip pagi nie. Sian dia selalu keletihan dan tertidur dalam train. Pergi ker balikker sama gak aksi dia macam nie......... Hang Letih Ka Nooooo. Dulu Azrin selalu komplain kat Syah bila kereta jalan jer Syah mesti berdengkur .......... sekarang ? kannnnnn......

12.07.2011, Selasa - Hari nie Syah ada fisio dan jumpa Dr. Rasol sekali sebab dari petang semalam lagi tekak Syah sudah rasa sakit. Pagi tadi Syah selsema, sedikit batuk dan sakit tekak serta rasa nak demam. Selepa dibuat pemeriksaan Dr kata tekak Syah merah dan nak demam dan dia bagi MC satu hari. Syah sempat tanya samada perlukan buat x-ray lutut Syah tetapi Dr. Rasol inform x-ray tak membantu dan dia minta Syah tunggu dulu dan jika masih sakit lagi dia akan cadangkan untuk buat MRI baru boleh lihat masalah sebenar kerana x-ray hanya akan nampak tulang sahaja. Selepas jumpa dr baru Syah buat fisio.

Tu diaaaaaaaaa.......... ubat yang perlu di telah untuk beberapa hari nie

Syah nak balik cepatpun bukan ada apa kat rumah jadi lepas lunchlah nanti Syah balik. Lagipun Syah terpaksa berjumpa staff Puan Sandra untuk urusan pembayaran program TM Award Nite. Syah bawa dokumen yang hendak ditandatangan tu aras 13 dan dokumen tu staff Pn Sandra akan hantar kepada Syah setelah di tandatangani. Kemudiannya Syah berjumpa Kak Romaidah untuk beri angpau sempena perkahwinan anak perempuannya Sabtu lepas. Syah tak dapat pergi kerana Perhimpunan Bersih tu. Kak Romai bagi Syah souvenir majlis perkahwinan anaknya. Sempat merasa fondan cake hantaran perkahwinan anaknya, makan secubit jer sebab dia dah pelawa.

Gubahan Hantaran Coklat Pertunangan Ahad nie baru 80% siap, balik kerja nanti sambung semula.


Malam tadi Syah tidur lewat hampir jam 02:00hrs kerana leka siapkan gubahan coklat untuk hantara pertunangan Ahad nie. Mula-mula Syah gubah daun tu jadi macam bunga dan lepas tu ingat nak glu jer ferrero rocher tu kat daun berkenaan tetapi terfikir plak nanti mesti coklat tu masuk angin lalu Syah balut dengan food wrapping dan Syah terpaksa buka semula gubahan daun tu dan lekatkan pada coklat yang telah dibalut tadi. Letih tapi puashati. Ada balance satu kotak lagi coklat tu dan tanya member office ada tak yang nak beli tapi mereka tak nak dan nantilah Syah fikir nak buat apa ngan extra coklat tu. Mungkin Syah letak dalam hantaran juga kot?

Sepatutnya malam tadi Syah dari pest control datang tambah umpan anai-anai tetapi tak datang dan Syah diamkan jer. Tadi Syah call dan dia minta maaf kerana tak inform tak jadi datang kerana stock umpan habis. Heran dia nie dah dua kali tak jadi appointment tetapi tak informpun pelanggannya. Macam nielah orang Melayu kalau buat business tetapi mungkin dia ada hal lain kot sampai terlupa nak inform pelanggan. Syah pun tak kisah kerana semalam Syah pun balik lewat sedikit kerana temankan Azrin dan Arip ke supermarket dan makan. Kata Shah Rabu malam dia akan datang.

No comments: