Sunday, August 14, 2011

Baca Akhbar Online - Nabil, Pipa Middleton dan Isteri Minta Cerai Kerana Suami Masak Sedap

14.08.2011, Ahad - pagi nie tak buat apa-apa dan cuma baca akhbar secara on-line sahaja di e-browse. Syah taklah baca satu-satu tetapi secara lalu jer tak terbacalah kisah Nabil, Pipa Middleton dan kisah seorang wanita Mesir minta cerai kerana suami mengambil alih tugas dia memasak didapur pada bulan Ramadhan nie.............. yang Syah nak kongsi bersama anda semua. Nabil, Naib Juara Maharaja Lawak tu rupa-rupanya akan melangsungkan perkahwinannya 30 September nie dan majlis resepsinya pada 02 Oktober di I-City Shah Alam dengan konsep Garden Wedding. Kedua-duanya juga dilaporkan telah menghadiri kursus perkahwinan selama dua hari iaitu semalam dan hari ini. Bakal surinya bernama Nazirah Ayob, 23 tahun atau lebih selesa dipanggil Zaira sahaja. Ziara merupakan bekas paramugari Air Asia dan mula intim awal tahun ini walaupun sudah mengenalinya selama enam tahun lalu tapi kata orang kenal-kenal macam tu jer kerana Ziara nie adalah kawan adik ipar Nabil.

Keputusan untuk bersatu sebagai suami isteri diambil semasa musim Maharaja Lawak hari tu dan tidak menghebohkan perkara ini kepada umum kecuali keluarga dan teman rapat sahaja sehinggalah keluarganya merisik Zaira 18 Jun lalu dan menetapkah hari langsung barulah iannya di maklumkan kepada umum. Menurut Nabil beliau dah serik hendak bercinta lama-lama yang akhirnya tak kesampaian seperti yang berlaku pada dirinya sebelum ini. Tambahnya lagi, duit kemenangan sebagai Naib Juara Maharaja Lawak sebanyak RM150,000.00 digunakan untuk majlis perkahwinannya disamping akan membawa kedua ibubapanya dan isteri menunaikan umrah selepas majlis respesi mereka nanti. Apa-apapun semuga jodoh Nabil dan Ziara hingga ke jinjang pelamin seterusnya hingga keakhir hayat.

Cerita kedua nak kongsi pula pasal Pipa Middleton iaitu adik kepada Duchess of Cambridge yang tiba-tiba popular diseluruh dunai selepas menjadi pengapit pada hari perkahwinan kakaknya dan Prince William di Westminister Abbey 29 April lepas. Satu kajian telah dibuat di USA mengenai Pipa dan hasil laporan kajiselidik menyatakan rakyat Amerika beranggapan Pipa sebagai bintang filem lucah. kajian pendapat oleh Majalah Vanaity dan program berita 60 minutes itu mendapati bahawa separuh daripada penduduk USA masih tidak mengenali beliau. Daily Star melaporkan hanya 32% mengenali Pipa manakala selebihnya menyangka beliau adalah seorang wartwan atau heroin buku kanak-kanak.

Penduduk Amerika menggap Pipa sebagai bintang filem prono kerana pernah ditawarkan berlakon filem lucah walaupun beliau menolaknya. Steve Hirsch, Ketua Vivid Entertaiment yang mengeluarkan filem lucah dilaporkan pernah menawarkan sebanyak USD5 Juta atau RM15Juta untuk Pipa berlakon filem lucah dalam satu adigan sahaja dan dia boleh memilih sendiri pasangannya. Selain daripada itu, adik lelaki Pipa juga ditawarkan berlakon filem lucah dengan kadar bayaran USD1 juta. Tawaran ini dibuat selepas majlis perkahwinan diraja tersebut melalui surat. Petikan surat Hirsch kepada Pipa berkenaan perkara ini seperti berikut :-

"Sebaik sahaja saya melihat siaran mengenai acara itu, saya hanya memikirkan kecantikan dan cara anda yang mampu menjadi seorang bintang filem dewasa terbaik. Hanya dengan satu babak saya amat gembira untuk menawarkan anda USD5 juta dan pastinya anda boleh memilih pasangan anda". Ada-ada jer idea mereka untuk menjatuhkan marwah orang kan?

Kes ketiga nie lagi lawak. Akhbar Al-Masry Al-Youm melaporkan bahawa seorang wanita mesir Nahal mengemukakan permohonan cerai kerana masakan suaminya Mohammed Said yang merupakan seorang chef lebih di sukai oleh anak-anak berbanding masakannya sendiri. Isterinya berasa tertekan kerana beliau telah mengambil alih tugas memasak semenjak awal Ramadhan lagi dan berasa malu kerana anak-anak menganggap beliau merupakan seorang tukang masak yang teruk. Sehubungan dengan itu beliau berasa malu dan memohon cerai Khula di mahkamah. Khula merupakan satu fasal dalam undang-undang Islam merujuk kepada hak bagi sesorang wanita untuk mendapatkan penceraian dan menerima nafkah.

Jawapan suaminya dihadapan Biro Penyelesaian Pertikaian Keluarga bahawa beliau masih mencintai Nafal dan anak-anak serta sekadar mahu membantu isterinya didapur walaupun berasa letih setiap kali pulang dari kerja. Nahal pula berkata beliau mahu mengambil alih tugas memasak tersebut dan mahu suaminya menumpukan perhatian beribadat dibulan Ramadhan. Hemmm bagi suami-suami yang suka memasak tu hati-hatilah yer jangan sampai isteri terasa hati plak? Rasanya kan banyak Kakak Kakak kat luar sana tu berharap agar suami tolong didapur tapi kempunan sebab suami buat dekkk jer. Ini lain pula dengan wanita Mesir seorang nie sampai mintak cerai. Ada-ada jer kannnnnnnn?

No comments: