Tuesday, August 9, 2011

Buka Puasa Ke-9 @ McD Rawang

09.08.2011, Selasa - Syah sampai KTM Rawang jam 18:00hrs dan masa nie hujan lebat mencurah-curah dan Syah tunggu sebentar di KTM Station hingga jam 19:00hrs baru hujan nak teduh dengan rintik-rintik jer turun ke bumi. Kalau hujan sampai buka puasa tak tahulah macam mana dan dalam hati doa berhentilah hujan. Bila hujan mula nak reda, Syah terus jalan kaki menuju ke station bas dan dalam hati berfikir nak buka puasa kat mana hari nie. Akhirnya Syah buat decision buka kat McD. Oklah orang tak ramai dan masih ada tempat kosong. Syah order Set Mc Value Buka Puasa set Nugget dan Big Mac. Mula-mula ambil set Big Mac lepas tu teringat Rita cerita kat office tadi dia buka puasa makan nugget dan mengidam plak lah. Jadi Syah beli dua set McValue Buka Puasa Nuggets dan Big Mac dengan air milo. Semuanya RM18.55.

Tu lah tamak sangat, tak habis makan pun ...................dan Syah bawa balik dua fries, nuggets dan satu cup air milo. Lepas makan Syah gerak ke station bas jam 20:00hrs sebab nak ambil last bus ke Rawang Residence jam 20:30hrs dan sampai hampir jam 21:00hrs. Sekarang jam 20:36hrs dan fries, milo dan nuggets itew dah habis Syah Mamam. Heheheh.............. lepas nie memang tak makan lagilah sampai sahur nanti makan ubat dan minum air serta ambil buah jer kot nanti. Ok Lah Nak Mandu Dulu Yerrrrrrrrrrrrr.

2 comments:

Diri Aku , said...

Tak Magrib ke....

tengkusyah said...

Balik Rumah baru solat. Mestilah Maghrib kita bukannya perempuan ada masa Uzur.