Tuesday, August 23, 2011

Buka Puasa Dengan Mee Sua Tomyam Sayur Sahaja Harine

23.08.2011, Selasa - Nileah juadah buka puasa Syah arine, Mee Sua Tomyam Sayur. Nie jer yang sempat Syah masak kerana lewat sampai rumah. Sampai KTM Rawang jam 18:00hrs tetapi Syah tak ambil bas jam 18:30hrs kerana nak ke Giant beli keperluan dapur yang dah habis. So Syah ambil bas jam 19:30hrs dan berbuka dengan minum air soyabean sahaja dan malas nak beli makanan lain coz dah beli barang-barang dapur untuk masak kalau tak nanti banyak balance coz minggu depan dah balik kampung alamat busuklah stock sayuran tu.

Syah sampai Rawang Residence jam 20:00hrs dan terus Syah solat Maghrib. Lepas tu ingat hendak masak Meehon Tomyam tetapi memikirkan nak celur meehon lagi nanti lambat so Syah gantikan dengan Mee Sua dan dalam Tomyam tu Syah masukkan Bracoli, Tahu, Putik jagung, Tomato dan Cendawan. Syah makan jam 20:30hrs. Sebeluim tu makan supplement untuk lutut. Habis 5 pcs of Penut Candy atau Kacang Tumbuk Syah makan sebab lapar dan kalau lapo lagi Syah buat sandwich jer nanti........

No comments: