Friday, August 12, 2011

Komuter Ada Masalah Teknikal Pagi Nie

12.08.2011, Jumaat - Pagi nie Syah berdiri lagi dalam bas kerana masa menunggu bas baru Syah teringat yang Syah tak keluarkan sampah dan Syah balik semula kerumah dan bila Syah nak tutup pintu pagar bas dah lalu. Sampai KTM awal sebelum jam 07:00hrs dan Syah berlari masuk stesyen bersama yang lain kerana train jam 07:00hrs dah hendak bergerak. Masuk jer train dan Syah rasa macam tunggu lama plak tak jalan-jalan dan kemudiannya ada announcement meminta kami keluar kerana train ada technical problem dan tidak boleh gerak. Hampehhhhh......... semua keluar balik.

Kami terpaksa menunggu komuter jam 07:15 hrs daripada Kuala Kubu kot tak silap Syah dan mesti train sudah penuh dan bukannya kosong lagipun terpaksa beri laluan kepada train ETS yang gah tu dan kami tak dibenarkan masuk walaupun ianya berhenti di KL Sentral. Ialah train mahalkan......... Jam 07:15hrs komuterpun sampai dan masing-masing macam lipas kudung cari tempat kosong. Shukur alhamdulillah Syah dapat duduk. Mula-mula ok tetapi next station orang semakin ramai dan yang berdiri tupun berlapis-lapis dan ada yang hampir-hampir mengenai penumpang yang duduk. Nak buat macam mana dah begitu adatnya naik public transport.

Lihat sahajlah gambar diatas dan begitulah keadaan dalam train, gambar diatas tu, yang berdiri berhadapan penumpang yang duduk dan ada juga yang membelakangkan orang yang duduk dan view jerlah punggung mereka tu kebiasaannya penumpang lelaki buat begitu yang perempuan terutamanya Melayu jarang membelakangkan penumpang lain.

No comments: