Sunday, August 21, 2011

Keluarga Diraja Sweden

21.08.2011, Ahad - Hari nie Syah hendak memperkenalkan secara ringkas kepada anda semua kerabat diraja Sweden. Disebelah kiri sekali adalah HRHPrincess Madeleine, HM King Carl XVI Gustaf, HM Queen Silvia, HRH Prince Carl Philip dan HRH Crown Princess Victoria. Baginda berdua mengumumkan pertunangan mereka pada 12.03.1976 dan berkahwin tiga bulan kemudiannya di Stockholm Cathedral pada 19.06.1976. Ada yang menyatakan jika mereka berkahwin semasa pemerintahan datuknya mendiang King Gustaf VI Adolf, Baginda akan kehilangan status sebagai pewaris tahta Sewden. Ini adalah kerana prinsip Mendiang yang mempercayai bahawa keturunan raja-raja hanya berhak berkahwin dengan mereka yang mempunyai darah Raja sahaja. Hasil daripada perkongsian hidup ini, baginda dikurniakan dengan seorang putera dan dua puteri iaiatu HRH Crown Princess Victoria yang dilahirkan pada 14.07.1977, HRH Prince Carl Philip dilahirkan pada 13.05.1979 dan akhir sekali HRH Princess Madeleine yang dilahirkan pada 10.06.1982.

Prince Carl Philip dilahirkan sebagai Putera Mahkota, walau bagaimanapun setelah tujuh bulan kelahiran beliau iaitu pada 31.12.1979 undang-undang telah digubal bagi membolehkan anak sulung baginda iaitu kekanda (kakak) Prince Carl Philip menjadi Puteri Mahkota Sweden iaitu sebagai pewaris tahta pertama Sweden. Pada 01.01.1980 Prince Carl Philip telah dianugerahkan gelaran baru iaitu HRH Prince Carl Philip, Duke of Varmland. Crown Princess Victoria pula telah berkahwin dengan Daniel Westling yang merupakan lelaki kebanyakan (rakyat biasa) pada 19.06.2010 dan kemudiannya mendapat gelaran Prince Daniel. Pada 17.08.2011 lepas pihak Istana mengumumkan berita baik mengenai kehamilan Crown Princess Victoria dan berita baik ini sememangnya ditungu-tunggu oleh rakyat Sweden.

HM King Carl XVI Gustaf diputerakan di Haga Palace, Solna, Stockholm dan merupakan satu-satunya anak lelaki bungsu Prince Gustaf Adolf dan Princess Sibylla yang terdiri daripada lima orang adik beradik. Ayahandanya mangkat dalam kemalangan kapalterbang pada 26.07.1947 di Copenhagen Airport sewaktu baginda berusia sembilan bulan dan merupakan pewaris kedua tahta Sweden. Baginda menjadi Raja Sweden menggantikan Mendiang Datuknya King Gustaf VI Adolf pada 15.09.1973 selepas kemangkatan datunya dan ditabalkan pada 19.09.1973 di Istana Diraja Stockholm.

No comments: