Sunday, August 21, 2011

Al-fatihah Kepada Almarhum Sultan-Sultan Selangor

21.08.2011, Ahad - Bukti sejarah telah menunjukkan bahawa dalam kurun ke-17 masihi, terdapat ramai orang Bugis yang berasal dari Sulawesi mendiami pantai laut Selangor terutamanya di Klang dan Kuala Selangor. Pada kurun ke-18 masihi pula, merupakan permulaan sejarah beraja Negeri Selangor apabila raja-raja bugis lima bersaudara dari makasar berangkat ke kepulauan Melayu. Pada tahun 1722 Bugis Lima bersaudara ini telah menolong Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah untuk mendapatkan semula kerajaan Johor-Riau daripada kekuasaan Raja Kecil, Siak. Daripada kemenangan ini telah menaikkan martabat dan populariti orang Bugis di Nusantara, khasnya Tanah Melayu. Selepas kejayaan ini juga didapati orang-orang Bugis berulang alik dari Riau ke Selangor malah Daeng Perani dan Daeng Chelak telah berkahwin dengan keluarga diraja Bugis yang menetap di Selangor.

Semasa pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah di Riau pada 1756, Raja Lumu iaitu Putera Yamtuan Muda (II) Daeng Chelak dari Selangor telah dirajakan di Selangor pada 1765 dengan gelaran Sultan Salehuddin. Baginda juga di gelar Tuanku Raja Selangor atau Raja Selangor. Bermula dari sinilah keturunan baginda memerintah negeri Selangor hingga ke hari ini iaitu Sultan Selangor Kelapan iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Al-Fatihah kepada Almarhum-Almarhum Sultan yang memerintah Negeri Selangor Darul Ehsan Semuga Roh Baginda ditempatkan bersama-sama orang-orang beriman dan beramal soleh. Amin.

Almarhum Sultan Salahuddin ibni Yamtuan Muda (II) Daeng Chelak (1765 - 1770) Sultan Selangor Pertama

Almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Salahuddin (1770 - 1826) Sultan Selangor Kedua

Sultan Muhammad ibni Sultan Ibrahim (1770 - 1826) Sultan Selangor Ketiga

Sultan Sir Abdul Samad ibni Raja Abdullah (1826 - 1898) Sultan Selangor Keempat

Almarhum Sultan Sir Alaaeddin Sulaiman Shah ibni Raja Muda Musa - Sultan Selangor Kelima yang memerintah dari tahun 1898 - 1938. Almarhum Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor Keenam yang memerintah pada 1939 - 1942 dan diturunkan tahta sewaktu pemerintahan Tentera Jepun di Malaya dan naik tahta semula 1945 - 1960. Almarhum mangkat sewaktu menjadi Seri Paduka baginda yang di-Pertuan Agong ke-2 pada 01.09.1960.

Almarhum Sultan Musa Ghiathuddin Riayat Shah ibni Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah yang memerintah sewaktu pemerintahan Jepun di Tanah Melayu 1942 - 1945. Almarhum turun tahta selepas British mengambil alih semula Tanah Melayu daripada Jepun. Almarhum merupakan Raja Muda Selangor tetapi terpaksa dilucutkan jawatannya kerana baginda Anti British dan digantikan oleh adindanya Tengku Hishamuddin (Kemudiannya Sultan Hishamuddin Alam Shah Al-Haj) sebagai Raja Muda Selangor. mangkat pada 08.11.1955 di Kuala Lumpur. Almarhum tidak meninggalkan sebarang zuriat.


Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah Alhaj merupakan Sultan Selangor Ketujuh bermula (1960 - 2001). Baginda mangkat sepertimana Ayahanda baginda iaitu sewaktu menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Kesebelas pada 21.11.2001

No comments: