Tuesday, August 23, 2011

Satu Lagi Perkahwinan Diraja Tahun Nie Diantara Prince George Friedrich dan Princess Sophie

Prince of Prussia dan Princess of Isenburg mengumumkan pertunangan mereka pada 21.01.2011 lepas


24.08.2011, Rabu - Georg Friedrich Prinz von Preu├čen atau His Imperial and Royal Highness the Prince of Prussia, Prince George Friedrich akan melangsungkan perkahwinannya dalam usia 35 tahun pada 27.08.2011 akan datang. Beliau merupakan Ketua Empayer Keluarga Diraja Hohenzollern yang merupakan sebuah Empayar Beraja yang pernah memerintah Jerman dan Purssia yang telah digulingkan pada 1918. Beliau merupakan cicit kepada His Imperial and Royal Majesty Wilhelm 11, Maharaja Jerman dan Raja Prussia yang terakhir. Pasangannya adalah Princess Sophie of Isenburg daripada keluarga aristokrat Zaman pertengahan Jerman. Sophie yang berusia 29 tahun merupakan puteri kepada Prince of Isenburg, Franz-Alexander dan Countess Christine von Saurma-Jeltsch.

Mengikut jadual, sehari sebelum istiadat pernikahan dilaksanakan, kedua-dua pasangan pengantin akan menjadi tuan rumah kepada Konsert Tahunan Yayasan Princess Kira of Purssian yang akan diadakan di Konzerthaus Berlin. Kebiasaannya konsert ini diadakan Istana Hohenzollern tetapi memandangkan hari tersebut merupakan hari teristemewa kedua mempelainianya telah ditukarkan ke lokasi lain untuk memuatkan lebih ramai tetamu. Dianggarkan seramai 1500 orang akan menghadiri konsert ini yang bertemakan 950 year House of Hohenzollern.

Pada keesokan harinya pula akan diadakan Istiadat Perkahwinan Diraja yang akan berlangsung di Friedenskirche atau Church Of Peace dengan disaksikan oleh seramai 700 para jemputan serta 70 orang wartawan dari dalam dan luar negara yang membuat liputan berhubung majlis ini. Para jemputan terdiri daripada kerabat diraja dan golongan bangsawan jerman dan seluruh dunia. Pada majlis ini Princess Sophie akam mengenakan Tiara Pusaka Dinasti Hohenzollern serta Veil, walau bagaimanapun gaun pengantin masih lagi dirahsiakan dan menjadi tanda tanya.

No comments: