Friday, August 19, 2011

Solat Jumaat Di Masjid Negara

Syah dihadapan Makam Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Haji Hussein. Al-Fatihah Untuk Almarhum dan Almarhumah di Makam Pahlawan Semuga Roh Mereka DiTempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Soleh. AMIN

19.08.2011, Jumaat - Hari nie tergerak hati nak solat Jumaat di Masjid Negara dan biasanya lah kalau tergerak hati tiba-tiba kesana mesti ada sesuatu di Masjid Negara seperti kunjungan VIP dan seumpamanya. Sampai je ke Masjid macam biasa ambil air sembahyang dan naik ke Masjid. Kemudian Syah ke Makam Pahlawan untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada Almarhum dan Almarhumah yang bersemadi disini. Kan betul kata Syah kalau tergerak hati ke Masjid Negara mesti ada sesuatu dan sesuatu tu adalah Makam Almarhum Tun Datuk Haji Sardon bin Haji Jubir yang merupakan bekas Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang bagi tempoh 1975 - 1981 telah diubahsuai.

Makam Almarhum betul-betul bersebelahan makam Allahyarham Tan Sri Haji Mohd Noah bin Omar yang merupakan bapa mertua Perdana Menteri Malaysia ke-2 dan datuk kepada Perdana Menteri Malaysia ke-6 iaitu YAB Datuk Seri Najib Tun Razak. Binaannya diperbuat daripada batu granite bewarna kelabu. Nanti Syah buat Entry mengenai makam ini. Selepas solat Syah singgah sebentar ke pasar Ramadhan dihadapan Masjid dan beli Kurma RM10.00 dan Buah Kiwi Kering RM5.00. Cuaca hari nie memang panas dan lepas beli barang-barang tu terus Syah balik ke office.

No comments: