Monday, August 15, 2011

Tengku Ismail Su Mangkat Di London

................... Al-Fatihah ................
Semuga Roh Pak Engku Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Soleh. AMIN.
Kehilangan Ini Amat Dirasai dan Segala Bantuan dan Maklumat Yang Pak Engku Berikan Pada Syah Akan Tetap Kekal Dalam Ingatan.

Allahyarham Tengku Ismail Su bersama Tunku Zain (anakanda Tuanku Muhriz) yang melawat beliau di hospital pada 05.07.2011 lepas jam 23:14 hrs di Royal Brompton Hospital. Bonda Tunku Zain merupakan kerabat Diraja Terengganu.

15.08.2011, Isnin - Dukacita Dimaklumkan Bahawa Salah Seorang Sahabat Syah di Facebook, Tengku Ismail Su (Tengku Ismail bin Tengku Su) atau Syah panggil dengan gelaran Pak Engku sahaja telah kembali ke Rahmatullah pada 13.08.2011 lebih kurang jam 17:00hrs waktu London kerana masalah Jantung di Royal Brompton Hospital. Marhum yang lebih dikenali sebagai Ku Wei dikalangan sahabatnya ke Londan semenjak Jun lepas dan telah mendapat serangan jantung sebanyak dua kali dan dimasukkan ke hospital berkenaan yang terkenal didunia sebagai hospital pakar rawatan sakit jantung dan paru-paru untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Allahyarham sebenarnya berada di London sebelum serangan jantung berkenaan atas urusan kerja dan mengadakan pameran disana. Gambar ini diambil sempena The Royal Waves Gala Dinner semasa Allahyarham di London. Selepas mengadakan pameran, Allahyarham  dikatakan telah ke Istambul dan kemudiannya kembali semula ke London sebelum pulang ke Malaysia. Malangnya semasa berada di London, Allahyarham mendapat serangan sakit jantung.

Walau bagaimanapun Jodoh, Ajal, Maut dan Pertemuan ditentukan oleh Allah S.W.T. Ini adalah masa Allahyarham, kita tak tahu bila kita pula akan dijemput oleh Yang Maha Esa. Jika mengikut perancangan, Jenazah akan dimakamkan di Garden of Peace Muslim Cemetry yang terletak di Elmbridge Road, Hainault, IIford pada hari Isnin selepas Zohor mengikut waktu London. Khabarnya, kekanda Allahyarham, Tengku Yusuf memang berada di London. Sebab itulah agaknya jenazah tidak dibawa pulang ke Terengganu, lagipun Allahyarham masih bujang. Allahyarham merupakan kerabat Diraja Terengganu sebelah Allahyarhamah   bondanya. Allahyarham juga dikenali dengan nama Tengku Ismail Songket kerana kecenderungan dan minat beliau dalam bidang tenunan kain songket.

6 comments:

H S ramli said...
This comment has been removed by the author.
H S ramli said...

moga2 arwah tok daddy dicucuri rahmat,,,we all gonna miss u daddy!

azie yusof said...
This comment has been removed by the author.
Baijat said...
This comment has been removed by the author.
Baijat said...

Salam, saya agak terkejut bila membaca entri kali ini. Tidak sangka Pak Engku telah pergi menghadap Illahi.

Tidak sangka pertemuan saya dengan beliau merupakan pertama dan terakhir. Pernah mengunjungi kediamannya di Pura Tanjung Sabtu. Kediamannya yang dibina dari istana-istana lama merupakan satu usaha daripada beliau untuk memelihara warisan, senibina dan budaya Melayu Terengganu.

Semoga generasi dan pewaris akan datang meneruskan usaha beliau ini.

Moon said...

Patutlah saya call tak angkat... Boss saya berkenan nak buat lawatan untuk usahawan datang. Memang cukup tertarik dengan tempat tu. Sekarang call pejabat pun tak boleh... Apapun al-fatihah... Semoga Tengku ditempatkan di kalangan orang beriman... Ameen