Friday, September 16, 2011

Sambutan Berganda Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia Hari Ini 16.09.2011

Perdana Menteri Malaysia Pertama hingga Kini :- dari kiri Almarhum Tunku Abdul Rahaman Putra Al-Haj, Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussien, Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah dan Datuk Seri Najib.

16.09.2011, Jumaat - Assalammualaikum dan Selamat Pagi Syah ucapkan kepada anda semua. Hari nie merupakan Cuti Umum di Negara kita sempena Perayaan Berganda iaitu Sambutan Hari Malaysia Ke-48 dan Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54 Peringkat Kebangsaan. Sambutan Hari Malaysia dan Kemerdekaan pada tahun ini adalah julung-julung kalinya diadakan serentak hari ini di Dataran Merdeka. Turut serta adalah Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan Raja Permaisuri Agong, Yang Di-Pertua Negeri Sabah dan Isteri serta Perdana Menteri dan Isteri bersama menteri-menteri kabinet dan rakyat jelata 1 Malaysia. Sambutan hari Kemerdekaan yang sepatutnya disambut pada 31.08.2011 dianjakkan pada hari ini kerana iannya jatuh pada hari sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas.

Mungkin kita semua sudah biasa dengan sambutan Hari Kemerdekaan dan bukan Hari Malaysia. Ni Syah nak cerita sket secara ringkas mengenai apa itu Hari Malaysia. Hari ini juga merupakan pertama kalinya sambutan Hari Malaysia diadakan di Kuala Lumpur. Hari Malaysia disambut untuk memperingati tertubuhnya persekutuan Malaysia selepas kemerdekaan negara pada 16.09.1963. Dengan ini bermakna Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura berada dibawah satu negara iaitu Malaysia.Idea asal untuk penubuhan Malaysia telah dikemukakan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 27.05.1961 dalam satu majlis yang diadakan oleh Persatuan Wartawan-Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Singapura.

Sebenarnya pembentukan ini dirancang dilaksanakan pada tarikh 01.06.1963 teapi ditangguhkan kepada 31.08.1963 untuk disamakan sempena tarikh kemerdekaan dan sambutan kemerdekaan Ke-6. Walau bagaimanapun ianya tidak dapat dilaksanakan kerana adanya bantahan daripada Indonesia dan Filipina berhubung penubuhan Malaysia. Dengan adanya bantahan ini ianya terpaksa ditangguhkan seketika. Penangguhan ini juga bagi membolehkan Bangsa-Bangsa Bersatu melakukan pungutan suara di Borneo Utara dan Sarawak berhubung pengabungan ini. Setelah semuanya selesai penubuhan Malaysia telah di Istiharkan pada 16.09.1963. Walau bagaimanapun pada 09.08.1965 Singapura telah mengambil keputusan untuk keluar dari gabungan Malaysia dan menjadi Republik.

Pada awalnya Hari Malaysia merupakan cuti umum bagi negeri Sabah sahaja sempena Hari Keputeraan Yang Di-Pertua Negeri Sabah dan bukan cuti umum bagi Sarawak atau Semenanjung. Walau bagaimanapun mulai tahun 2010 Hari Malaysia telah diumumkan sebagai Cuti UMUM di Malaysia. Terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang mengistiharkan hari ini sebagai hari cuti umum, kalau tak kerja lah kita yer hari nie. Elok juga idea cuti nie, kerana secara tidak langsung generasi muda akan tahu apa itu Hari Malaysia iaitu Hari Penubuhan Malaysia sebagai sebuah negara, kalau tak mungkin mereka tidak ambil peduli apa itu Hari Malaysia kannnnnn?

1 comment:

abu idris said...

arrayah.info - Hari Malaysia : Hari Penerus Pemecah-Belah Kesatuan Umat Islam