Saturday, September 24, 2011

Secara Ringkas Mengenai Tengku Abdul Halim, Anakanda Sulung Bekas Sultan Terengganu

24.09.2011, Sabtu - Ini adalah gambar perkahwinan Almarhum Tengku Abdul Halim bin Tengku Ali yang merupakan Putera Sulung kepada Almarhum Tengku Ali ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Bekas Sultan Terengganu yang telah diistiharkan turun dari Tahta Terengganu pada pada hari Ahad 16 Disember 1945. Tengku Abdul Halim merupakan anak kepada isteri pertama Tengku Ali, Che Fatimah. Tengku Abdul Halim mangkat pada tahun 1995 telah dikurniakan dengan sembilan orang cahayamata iaitu Tengku Sulaiman, Tengku Sallehuddin, Tengku Alila, Tengku Isha, Tengku Aahmad Kamal, Tengku Nor Afiah, Tengku Zaharah, Tengku Mazila dan Tengku Roslina.

Ini adalah gambar perkahwinan diantara Tengku Abdul Halim dengan Tengku Asmak binti Tengku Su yang juga merupakan kerabat diraja Terangganu sekitar tahun 1950an di Istana Kota Lama. Syah dapat gambar nie daripada koleksi Tengku Halipah. Dihadapan gambar nie ada seorang perempuan dan beliau adalah Cik Su Urat yang merupakan tukang baca syair untuk putera-puteri Raja didalam Istana Maziah pada waktu itu.

Almarhum Tengku Abdul Halim Pernah menulis surat rasmi kepada Sultan Terengganu DYMM Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah (kini Almarhum) pada 12 Mac 1988 berhubung kemusykilan mengenai Buku Pertabalan keluaran 21 Mac 1981 dan buku Pameran Sultan Terengganu yang diadakan pada 17-24 Mac 1981 yang tidak memperakui wujudnya Sultan dan ketua agama dalam negeri Terengganu pada tahun 1942 hingga 1945 selama 3 tahun 4 bulan. Salinan surat bantahan ini juga diberikan salinan kepada Raja-Raja Melayu, Yang Di-Pertua Negeri-Yang Di-Pertua Negeri, Menteri Besar Terengganu, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Pesuruhjaya Hal-Ehwal Agama Terengganu dan Kadi Besar/Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu.

Beberapa kenyataan Almarhum Tengku Ali mengenai Putera Sulungnya yang Syah hendak kongsi bersama anda :-
Selain daripada menjadi pemandu kereta sapu, saya juga bekerja sebagai tauke wayang bergerak, dari pekan ke pekan di seluruh negeri Terengganu bersama-sama anak sulong saya, Tengku Abdul Halim. Dia main dipanggung Sultanah. Saya kadang-kadang main di panggung Batu Dua Puluh, Ajil, Hulu Terengganu. Pernah pada satu hari saya mendapat pungutan sebanyak $5,000.00 melalui tiga pertunjukan. Filem yang ditayangkan pada hari itu ialah filem Hindustan yang berjudul 'Dur Badaan'. Walaupun pendapatan yang diperolehi banyak, tapi saya tak ambil satu sen pun daripadanya. Kesemuanya saya serahkan kepada Tengku Abdul Halim yang juga bergelar tauke wayang ketika itu.

Semenjak saya turun tahta tidak ada orang yang ingin mendampingi diri ini kecuali anak-anak dan cucu-cucu saya. Mereka ialah Tengku Abdul Halim anak Sulong saya, Tengku Puteri, Tengku Hasmah, Tengku Badli Shah, Tengku Maleha, Tengku Jaafar, Tengku Mohd. Muhidin dan Tengku Norain.

Al-Fatihah Kepada Almarhum Tengku Ali, Almarhum Tengku Abdul Halim dan Almarhumah Tengku Asmak Semuga Roh Kalian Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Soleh. AMIN.

4 comments:

Anonymous said...

mengapa bekas sultan boleh dilayan sebegini rupa.? sehingga menjadi driver taxi.

zeck said...

Salam..selain daripada nama anak sulong yg di sebut ..ada tak nama abdullah salah seorg anak beliau.

Farah Remali said...

setahu saya disebabkan oleh perebutan kuasa dikalangan pembesar istana. Saya pernah mziarah makan Tg Ali, mmg terharu bila mengenangkan kisah hidup beliau. Setakat pembacaan dan kajian saya, byk kenayataan menceritakan tentang Tg Ali difitnah dan yang amat menyediahkan, MB Terengganu pd ketika itu memainkan peranan atas kejatuhan beliau.. Wallahu A'lam

Farah Remali said...

** makam... (maaf, typing error)