Saturday, October 1, 2011

Baru Habis Mengenas

01.10.2011, Sabtu - Sekarang jam 12:25hrs dan Syah baru sahaja habis mengemas rumah itupun bahagian bawah sahaja. Penat memanglah penat tetapi nak buat macam mana dah duduk rumah sendiri kenalah kemas sendiri. Pagi tadi jam 07:00hrs Syah ke pasar di pekan Rawang beli buah anggur dan tahu lembut. Kemudian beli Char koy dan makan Tosei dan Milo O Kosong di kedai mamak. Lepas makan terus ke bas stop dan ingat hendak beli buah longan tetapi gerai sebelah 7E tu tetapi tak buka lagi dan kat market tadi tak jual. Dalam bas Abang Bas tu tanya tak kerja yer Sabtu dan Syah kata yer.

Sampai rumah jam 09:00hrs dan terus Syah sapu depan rumah, cuci lantai dan kereta. Lepas tu jemur kain lagi sebab dua kali basuh. Lepas tu sapu dan mop ruang tamu, dapur, tangga dan bilik TV. Jemur karpet dan tilam serta bantal. Sembur denga febreze dan susun semula. Kemudian cuci bilik air dan mop bahagian luar dapur. Penat rasanya tetapi puas hati. Sekarang nak berehat coz lutut Syah rasa bisa plak bahagian kiri lutut kanan mungkin banyak buat pergerakan kot? masa mengemas tadi. Tengahari nie tak lunch sebab dah breakfast tadi. Kalau makan pun mungkin ambil fruit sahaja. Oklah hingga berjumpa lagi dilain entry.............. daaaaaaaaaaa.

No comments: