Monday, October 3, 2011

Buka Puasa Hari Nie

03.10.2011, Isnin - Nielah juadah berbuka puasa Syah jam 09:00hrs tadi. Actually waktu berbuka Syah masih tunggu bas ke Rawang Residence. Jam 19:30hrs baru bas berjalan dan Syah minum soyabean jer walaupun ada beli bun ikan bilis tetapi Syah makan kat rumah bun tue. Geli hati lak dalam bas tadi ada seorang perempuan duduk sebelah Syah semacam jer tetapi pakai tudung labuh. Macam nampak cakap seorang-seorang atau menyanyi tu Syah tak tahulah. Bila angkat phone cakap orang putih. Masa bas berpusing dia macam cakap sesuatu dengan Syah.

Rupa-rupanya dia cakap Saudara boleh tak duduk kepit sedikit sebab Saya nak jatuh nie. Hehehehe ..... biasalah bas mini kan kecil. Syah senyum jer dan buat biasa. Malas nak layan. Sebenarnya punggung dia yang besar kot? Ialah bas bergerak laju tu yang macam nak jatuh tu. Lagipun Syah heran banyak tempat kosong mengapa dia duduk dengan lelaki plak. entahlah malas nak fikir. Heheheh.........

Sampai rumah Syah solat dan kemudiannya masak Tomyam Mee Sua yang Syah campur dengan fish ball, putik jagung, halia, cendawan dan tahu. Minuman Soyabean Kak Long bagi semalam dan Syah makan anggur. Lepas tu makan sedikit coklat, buah longan yang baru beli masa tunggu bas tadi dan kuaci. Sekarang jam 10:42hrs dan Syah nak mandi dan basuh pinggan. Esok ada fisio dan minta-minta malam nie taklah kena himpit macam biasa... Rimas..........

No comments: