Monday, October 10, 2011

Dapat Berjumpa Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah di Kompleks Tabung Haji Kelana jaya

10.10.2011, Isnin - Shukur Alhamdulillah, Bertuah hari nie kerana dapat melihat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dari dekat dan mengambil sendiri beberapa keping gambar baginda berdua. Kebetulan Syah di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya kerana menghantar Mak Uda untuk menunaikan fardu Haji. Hari ini Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Ucap Selamat Jalan Kepada Jemaah Haji yang diadakan di Dewan Melawati, Taha D'Kelana, Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.Baginda dan rombongan sampai lebih kurang jam 11:30hrs seperti yang dijadualkan dan telah disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Mejar Jeneral Dato' Seri Haji Jamil Khirbin Haji Baharum, Pengerusi Lembaga Tabung Haji Tan Sri Dato' Sri Abi Musa Asa'ari bin Mohamed Nor dan isteri serta dif-dif kehormat dan dif-dif jemputan. Mengikut jadual yang Syah dapat di bahagian pendaftaran media, baginda akan berangkat pulang pada jam 13:00hrs. Syah tak tunggu sampai Tuanku berangkat pulang dan selepas Tuanku memasuki dewan, Syah pun balik.

No comments: