Monday, October 10, 2011

Jumpa My Boss di Kompleks Tabung Haji

10.10.2011, Isnin - Di Tabung Haji tadi semasa menunggu ketibaan Tuanku Mizan, tiba-tiba ada orang tegur Syah. Bila Syah lihat rupa-rupanya suami Norafizah Mohd Izat atau Dik Nor boss Syah yang sedang dalam pantang itew. Masa Syah hendak cari toilet terjumpa lagi tetapi terperanjat Syah Dik Nor pun ada sekali. Dalam pantangpun digagahkannya menghantar parents dia menunaikan Haji. Bila Syah kata eh diapun ada, refering to baby dia, Suami Dik Nor kata dia hendak hantar nenek dan datuknya sambil ketawa.

Syah sempat tanya dia dimana sekarang dan katanya dirumah mertua di Shah Alam. Lepas bersalin hari tu dia balik kampung dia dan setelah parentsnya ke Mekah dia transfer pula ke rumah mertuanya di Shah Alam. Bila dah balik baru teringat, Lupa lagi Syah nak tanya nama anaknya. Heheheh ada-ada jer kan........?

No comments: