Saturday, October 29, 2011

Piala Malaysia - Pasukan Terengganu, Berikan Sesuatu Untuk Tuanku Mizan

29.10.2011, Sabtu - Malam ini Stadium Shah Alam akan digegarkan dengan perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 Terengganu lawan Negeri Sembilan. Cuaca dilaporkan akan hujan tetapi apa-apapun ini bukan penghalang bagi kedua-dua pasukan untuk berentap memiliki Piala Malaysia. Hari nie cuaca di Rawang panas sampai kepetang, tak hujan pun. Sekarang jam 08:22hrs dan Astro 801 seara langsung bersiaran di Stadium Shah Alam dan nampaknya Stadium Penuh walaupun ada isu mengenai kenaikan harga tiket baru-baru ini. Jika Terengganu menang malam ini, Ianya merupakan buah tangan istemewa untuk Sultan mereka yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan baginda sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13 Disember ini.

Pasukan Negeri sembilan bukanlah satu pasukan yang boleh dipandang ringan kerana pengalamannya beraksi tiga kali berturut-turut dalam perlawanan akhir Piala Malaysia sudah cukup berpengalaman memberi tentangan sengit kepada Terengganu. Pasukan ini juga dilihat sebagai satu pasukan yang akan berusaha keras untuk menebus kekalahan mereka dengan Kelantan pada musin yang lalu. Dato' Haji Che Mat Jusuh, Pengurus pasukan Terengganu semasa ditemubual Astro 801 sebentar tadi begitu yakin Piala Malaysia akan jadi milik Terengganu. Jam 20:33hrs tadi Tuanku Mizan memasuki Stadium Shah Alam untuk menyaksikan perlawanan ini dan sedikit sebanyak akan memberi suntikan hikmat kepada Pasukan Terengganu malam ini. So ......................apa lagi Pasukan Nganu Kita, berikan sesuatu untuk Tuanku Mizan dan bumi Terengganu.


No comments: