Thursday, October 13, 2011

Sultan Kedah dan Raja Perlis melawat Tuanku Sultan Pahang di Ampang Puteri

13.10.2011, Khamis - Lunch tadi Syah ke Hospital Pakar Ampang Puteri dan sempat melihat suasana disekitar hospital berkenaan. Pasukan polis dilihat berkawal bukan sahaja di premis hospital tetapi sehingga diluar kawasan hospital berhampiran deretan kedai-kedai terdapat anggota-anggota polis berkawal dari jauh. Banyak VVIP yang hadir, dari ahli politik sampailah ke Tentera dan Polis. Syah lihat banyak makanan dibawa dari luar dengan kenderaan khas dan dibawa masuk untuk Tuanku dan kaum kerabat oleh petugas-petugas khas beruniform biru. Semasa menunggu, Syah sempat melihat ketibaan Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan menaiki sebuah Mercedes putih dengan pendaftaran WQF 11 tak silap Syah. Kemudiannya beliau diiringi ke wad Tuanku Sultan.Selepas itu Syah melihat keberangkatan tiba Sultan Negeri Kedah Darul Aman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah. Keberangkatan tiba Tuanku SUltan Kedah telah disambut oleh dua orang puteri Sultan Pahang. Tuanku kelihatan sihat dan bertenaga walaupun sudah berada dalam usia 80an. Tidak berapa lama kemudian, kelihatan keberangkatan tiba Raja Negeri Perlis Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail. Beberapa mini kemudian dilihat Perdan Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak tiba diperkarangan hospital berkenaan. Syah mendapat maklumat yang Tuanku Sultan Pahang akan berangkat pulang esok, sejauh mana kebenarnya itu Syah kurang maklum. Apa-apapun marilah kita beramai-ramai berdoa agar Tuanku Sultan Pahang diberikan kesihatan yang baik dan memuaskan. AMIN. Dirgahayu Tuanku Patik.

1 comment:

Putra Blog said...

Semoga Tuanku cepat sembuh... Amin