Thursday, October 6, 2011

Tuanku Nur Zahirah Rasmikan Kempen Kesedaran Payu Dara

06.10.2011, Khamis - Semalam Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah telah berkenan menghadiri dan merasmikan Kempen Kesedaran Payu Dara atau lebih dikenali dengan nama "Pink October". Majlis diadakan di Prince Court Medical Center, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur. Turut serta dalam majlis ini adalah Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Sri Shahrizat Abdul Jalil, Perunding Payudara & Endokrin Pakar Bedah Prince Court Medical Centre, Dr Harjit Kaur serta Ketua Pegawai Eksekutif Prince Court Medical Centre, Stuart J.V Pack. Dalam majlis perasmian ini Tuanku Nur Zahirah telah menandatangani plug perasmian serta melepaskan belon sebagai simbolik pelancaran Pink October.

No comments: